Tun Mahathir tukar keputusan bukan kerana PAS, tetapi dalam PH sendiri

Tun Mahathir tukar keputusan bukan kerana PAS, tetapi dalam PH sendiri

TUN MAHATHIR MENUKAR KEPUTUSAN, BUKAN KERANA PAS, TETAPI DALAM PH SENDIRI..

Dalam laporan Memoir Thommy Thomas antara yang dibangkitkan Tun Mahathir pernah memintanya meletak jawatan sehari selepas perlantikan.. Kata Thommy Thomas, Malam berikutnya, Tun Mahathir menukar keputusan… Kata Thommy Thomas kemungkinan sebab Kenyataan PAS kononnya Thommy Thomas pernah mewakili PAS dalam tuntutan Royalty..

Itu pandangan Thommy Thomas, Bagi aku tentangan perlantikan Thommy Thomas itu bukan lagi melibatkan parti seperti PAS atau UMNO..Mereka jelas menentang..Kenyataan PAS itu hanya kerana sebab terpaksa aku selepas YDPA memperkenankan perlantikan Thommy Thomas,

Itu kebiasaan PAS menukar pendirian hatta dalam isu Dharurat kali pertama dtolak Majlis Raja Raja, Tiba tiba PAS menuakr pendirian…Mungkin Thommy Thomas bukan ahli Politik dalam mengenal Karakter PAS.. Hakikatnya PAS lah kuat mainkan sentimen Perkauman keatas Thommy Thomas..

Sebenarnya sentimen perkauman dan Ashabiyah itu subur dalam Bersatu Sendiri.. Itu sebabnya isu LTTE, Adib, Dong Zong, Sekolah Vernakular itu sendiri pemainnya datang dari kalangan pemimpin Bersatu dan PH sendiri.. orang seperti Dr maszlee yang tebruka itu pun masuk dalam perangkap Ashabiyah dalam isu Jawi..Hatta dalam kes Adib, Yang mencetuskan kecurigaan itu Peguam yang juga isteri pegawai Kas Zuraidah..

Penentangan itu bagi aku melibatkan bukan hanya kebanyakan pemimpin besar dalam kerajaan seperti mantan IGP atau Ketua Hakim.. Hatta kelompok Agamawan..

Jadi itulah Dilema sebagai perdana Menteri pada ketika itu.. Pada sudut Prinsipnya Perlantikan Thommy Thomas itu tepat..Tetapi tidak pada perspektif Politik.. dari sudut Politik perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Thommy Thomas sebagai peguam negara dan Waytha Moorthy Pengerusi Hindraf adalah alat dan senjata ampuh PAS dan UMNO bagi membangkitkan rasa tidak puas hati kalangan Melayu.. Sudah pasti pemainnya ada di dalam Kerajaan PH sendiri..

Jokowi pernah hadapi situasi yang sama ketika awal pemerintahannya..Bila Ummat islam bangkit menentang Datuk bandar Jakarta Ahok basuki hanya dengan Snetimen dia menghina Al Quran.. Akhirnya Jokowi sendiri terpaksa menghukum Ahok dan mengenepikan rakan baiknya biarpun dia cukup berkebolehan…

Sebenarnya strategi dengan membangkitkan Sentimen Perkauman ini bukan lah baru… Sejarah Bagaimana berlakunya Peralihan Tuku Abd Rahman dan Tun razak dulu juga berlaku perkara yang sama, Berlakunya Perpaduan PAS dan UMNO..Berlakunya Dharurat..dan berlakunya Peristiwa 13 Mei dan sentimen Perkauman yang akhirnya menyebabkan Tunku Abd Rahman terpaksa berundur..

Membina sebuah Negara berbilang kaum parti berbilang kaum ini sudah lama cuba dilakukan, Hatta dari Dato Onn sendiri dan Tunku Abd Rahman.. ianya bukan perkara baru.. British sudah lama pecah pecahkan kelompok kaum dan Parti.. Sengaja ditubuhkan Parti Cina, India..hatta PAS itu sendiri ditubuhkan atas restu British..sedangkan Hizbul Muslimin itu diperangi habis habisan..

Jadi untuk membuat perubahan..PH perlu fokuskan untuk memerangi semangat dan Kelompok Ashabiyah.. Matinya Ashaiyah..maka hancurlah mentera, dan Azimat yang selama ini diwariskan zaman Penjajahan Bristih kepada UMNO… 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS