Covid-19: Kerajaan digesa bantu petugas media atasi masalah ekonomi – Kesatuan

Covid-19: Kerajaan digesa bantu petugas media atasi masalah ekonomi – Kesatuan

KESATUAN Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) menggesa kerajaan memperkenalkan inisiatif untuk membantu kakitangan media yang berdepan masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden NUJM, Farah Marshita Abdul Patah berkata, ketika ini, dianggarkan lebih dari 3,000 pekerja di industri media diberhentikan kerja secara berperingkat sejak 2019 akibat kelembapan industri dan kesan berterusan pandemik Covid-19.

Beliau juga turut dipetik berkata bahawa industri media bakal menyaksikan kesuraman dalam beberapa tahun ke depan.

“Perkembangan ini bukan sahaja memadam hasrat bekas kakitangan media ini untuk kembali berkhidmat di dalam industri ini, malah, turut mematikan semangat warga media yang masih bertugas dalam industri.

Menurut kenyataan yang sama, NUJM berkata dalam menjalankan tugas membuat liputan berita Covid-19, petugas media juga seolah diketepikan, sama ada dari segi kebajikan mahupun keselamatan mereka.

Selain itu, tiada peruntukan khas bagi membeli peralatan keselamatan, pemeriksaan kesihatan mahupun elaun perubatan diberikan kepada petugas media dalam membuat liputan seharian terutama di tempat-tempat berisiko.

Dalam kenyataan tersebut, NUJM mencadangkan kerajaan melaksanakan program-program yang berkonsepkan ‘upskilling’ dan ‘resklilling’, pembangunan usahawan digital, latihan pengurusan perniagaan & kewangan dan pelbagai program-program lain yang boleh memberi nilai tambah kepada mereka untuk terus bersaing dalam pasaran kerja serta perniagaan
yang diceburi.

“NUJM berharap agar kerajaan dapat merangka program khas yang dapat membantu dan meringankan beban yang dihadapi petugas media dan bekas kakitangan industri ini dengan segera berikutan pengumuman Proklamasi Darurat sehingga Ogos tahun ini dilihat akan terus memberi tekanan
kepada pemulihan industri ini.

“NUJM berharap agar kerajaan dapat merangka program khas yang dapat membantu dan meringankan beban yang dihadapi petugas media dan bekas kakitangan industri ini dengan segera berikutan pengumuman Proklamasi Darurat sehingga Ogos tahun ini dilihat akan terus memberi tekanan
kepada pemulihan industri ini.

“Dalam situasi semasa yang cukup mencabar ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan amat dihargai serta dialu-alukan untuk membantu bukan sahaja ahli NUJM tetapi tetapi industri media secara menyeluruh.” – 1 Februari, 2021. – TMI

CATEGORIES

COMMENTS