Malaysia lebih baik diam jer dalam isu Myanmar, tak perlu jadi juara pertahankan demokrasi

Malaysia lebih baik diam jer dalam isu Myanmar, tak perlu jadi juara pertahankan demokrasi

MALAYSIA LEBIH BAIK DIAM JER DALAM ISU MYANMAR.. SEBAB MALAYSIA LEBIH TERUK DARI MYANMAR..

Malaysia dibawah pemerintahan PN ni, Baik diam jer lah kat rumah.. Tak perlu jadi juara kononnya nak pertahankan Demokrasi selepas rampasan kuasa junta tentera Myanmar terhadap Kerajaan yang dipilih Rakyat.. Kalau ikut sejarah Politik Negara Malaysia dan Mnyanmar.. Malaysia lebih teruk..

Myanmar tu nama pun Kerajaan Junta, Dikuasai Tentera.. Samalah masa rampasan kuasa Tentera di Thailand dan Mesir.. Sejarah Negara depa memang Tentera sentiasa berkuasa Penuh dan masuk Campur dalam urusan Politik… Jadi kalau depa Rampas kuasa, gantung Parlimen itu Biasa…

Malah Indonesia pun watak Suharto, Sukarno malah Prabowo itu pun dulu Anggota tertinggi Tentera…sama dengan Hosni Mubarak dan Asisi.. Kalau tentera rampas kuasa keatas Ikhwanul Muslimin.. Memang itu sejarah Negara depa yg sentiasa dibayangi Tentera.. Sama seperti Kamal Altartuk..

Hari ini pun Turki , Vietnam hatta Indonesia sudah berubah menjadi negara yang jauh lebih terbuka dan Demokrat.. Mereka sudah boleh memilih Presiden..Itu sebabnya jika kita lihat, Negara Negara ini jauh meninggalkan Malaysia dan Membangun.. Indonesia dan Vietnam sendiri yang suatu masa dibayangi Pemerintahan Tentera hari ini jauh maju kedepan dalam menarik pelaburan dan menjadi hub kewangan Antarabangsa…

Cumanya Negara kita jer luar Biasa.. PN hari ni tertubuh pun bukan atas sebab dipilih rakyat… Tapi atas Pengkhianatan MP MP PH.. Sudahlah takda Majoriti.. Ambil pulak Tindakan Dharurat.. takda rasa malu langsung..

Prof Prof kangkung pun toksah lah banding perbezaan Dharurat Myanmar, Thailand dengan Malaysia.. Kalau kata di malaysia masih aman, pentadbiran seperti Biasa.. Masa Tentera ambil alih Thailand, Mesir rampas kuasa dari Ikhwanul Muslimin..Kerajaan depa, Pelancongan dan Pentadbiran jalan seperti biasa.. Pelajar kita belajar di Al Azhar macam biasa..Tak layak dibanding pun… Maksudnya kalau dibandingkan dengan Sejarah Turki,Indonesia hatta Thailand..Malaysia jauh lebih teruk..

Mudahnya Senang jer kalau nak buat Perbandingan, Persamaan Utama Myanmar dan Malaysia, Kedua duanya tak dipilih rakyat dan Keduanya lgantung Parlimen dan laksana Dharurat.. Kat situ saja cukup sepatutnya buat pemimpin Negara kita ada rasa malu nak masuk campur urusan Myanmar.. duduk Diam diam sudahlah.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS