MB Perak janji akan lunaskan semua tunggakan gaji pemain Perak FC

MB Perak janji akan lunaskan semua tunggakan gaji pemain Perak FC

Tunggakan gaji pemain serta pegawai Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan dilunaskan selewat-lewatnya selasa depan selepas kerajaan negeri bersetuju membantu menghulurkan dana.

Berita gembira itu hadir selepas pertemuan wakil pengurusan tertinggi persatuan, jurulatih dan pemain dengan Menteri Besar, YAB Dato’ Saarani Mohamad di Ipoh semalam.

“Membawa satu khabar gembira, iaitu tunggakan pemain kita, yang seperti yang telah kita janjikan sebelum ini paling lewat minggu hadapan untuk sampai ke akaun masing-masing.

“Seterusnya kita berkomitmen untuk memastikan segala urusan melibatkan pasukan Negeri Perak berjalan lancar khususnya melibatkan kebajikan pemain,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri kepada pemberita selepas pertemuan tersebut di Pejabat Menteri Besar.

Pertemuan itu turut disertai Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Sham Mat Sahat serta Naib Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad.

Selain bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji, pertemuan itu juga bertujuan menyelesaikan isu membabitkan PAFA dan Perak FC. – KSP

CATEGORIES

COMMENTS