Jemaah masjid diserbu, kelab malam dibenar pula beroperasi

Jemaah masjid diserbu, kelab malam dibenar pula beroperasi

Pub, Kelab Malam Dibenar Beroperasi Sehingga Pukul 10 Malam

6 Februari, 2021

Kerajaan telah membenar pengusaha-pengusaha kelab malam dan pub meneruskan operasi sehingga pukul 10 malam.

Menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipapar dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), pengusaha-pengusaha pub dan kelab malam dibenar beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.

Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada beberapa syarat.

Di antaranya penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.

Prosedur Operasi Standard (SOP) ini telah dikemaskini pada 4 Februari 2021, susulan sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – FB

CATEGORIES

COMMENTS