Kes Adib: Apakah Tommy Thomas menghina Inkues apabila pertikai keputusan Koroner?

Kes Adib: Apakah Tommy Thomas menghina Inkues apabila pertikai keputusan Koroner?

KES ADIB : KEPUTUSAN KORONER TIDAK MASUK AKAL KATA TOMMY THOMAS.. APAKAH TOMMY THOMAS MENGHINA INKUES ?

Dalam inkues Adib keputusan muktamad di tangan Koroner.. Tetapi mantan Peguam Negara mempertikaikan keputusan itu secara terbuka.. Jadi mana yang patut jadi rujukan kita, Koroner atau Peguam Negara.. ? Memoir Tommy Thomas hanya menyampaikan sudut pandang dia dalam Inkues, Tapi boleh kah dikatakan mencabar dan menghina keputusan Koroner dan Inkues.. ?

Bukan hanya duluan Undang2, Duluan atau Ijtihad Politik kita juga boleh berbeza sudut pandang.. bukan hanya pandangan Peguam negara, hatta Pandangan Ulama’ dan Mufti dalam hal Agama kita boleh berbeza pandangan..Disinilah yang sentiasa aku sebut.. Kita perlu ada kebijaksanaan menilai dari pembacaan dan cara kita berfikir…

Siapa yang baca tulisan aku sejak awal, Pandangan aku konsisten sejak dulu, Adib mati akibat kemalangan, Biarpun yang berikan keputusan itu seorang Koroner(Hakim) dalam Inkues.. Sebab apa aku berbeza pandangan.. Aku mengikuti kronologi, Pembacaan dan semua dapatan dan Keterangan Doktor Pakar dan Pakar Forensik termasuk keterangan anggota Polis.. lalu aku bertegas kematian Adib berpunca dari kemalangan..

Ketika itu aku keseorangan mempertahankan pendirian Adib mati akibat dari impak kemalangan.. masa tu ramai dari kita hatta penyokong PH terperangkap dengan sentimen Perkauman dan Ashabiyah.. yakni kecenderungan atau Kebencian kita kepada satu kelompok membuatkan kita berfikir sebaliknya..

Hanya kerana mangsa itu seorang Muslim dan Melayu dan Penyerangnya India dan Hindu maka kita mahu tetap percaya Adib mati dibunuh.. akhirnya jelas, Ketua Polis Negara sendiri sahkan tidak ada kesan atau tanda Adib dipukul..tidak ada…

Itu sebab Prinsip Adil dalam membuat keputusan, Allah perintahkan kita membuang prejudis dan kebencian kepada kecenderungan Kaum dan Agama.. walaupun mereka itu musuh kita… Sebagaimana firman Allah..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ…

” wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa… ”

Kata kunci disini adalah ” BENCI “.. Kebencian ini banyak merosakkan manusia untuk tidak berlaku adil , Bayangkan hatta Seorang Mufti tidak dapat memegang prinsip ini.. Seorang Mufti di Utara inilah yang banyak membawa naratif kebencian alam kes Adib ini..

Begitulah juga dalam Politik.. Apa yang menjadi pandangan kebanyakan itu belum tentu benar.. ada ketika ia disebabkan kecenderungan… begitu juga pandangan Hakim, Koroner, Peguam Negara hatta seoran Ulama dan Mufti..

Yang jadi penilaian kita adalah Hujjah dan Bukti… Boleh jadi kita salah dan Boleh jadi kita benar.. Hatta Nabi sendiri ketika berhukum menggunakan Lafaz ” Ana Basharun” yakni manusia biasa yang tak terlepas dari kesilapan..

bukan hanya dalam pertikaian dalam bergama hatta Dalam Politik.. Itu sebab Allah berfirman..

” قل هاتو برهانكم إن كنتم صادقين”

” Katakanlah (wahai Muhammad), datangkanlah bukti-bukti kamu, jika kamu org yg benar ! ”

Jadi pertahankanlah apa yang kamu rasa benar dari bukti, hujjah dan keterangan yang kamu yakini… 😉

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS