Kadar pengangguran Malaysia meningkat 4.5 peratus pada 2020

Kadar pengangguran Malaysia meningkat 4.5 peratus pada 2020

KADAR pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5 peratus pada 2020, kadar tertinggi sejak 1993 yang merekodkan 4.1 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pengangguran meningkat kepada 772,900 orang dengan kadar 4.8 peratus pada Disember 2020 manakala bilangan penduduk bekerja meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan atau bersamaan dengan 19,300 orang kepada 15.22 juta orang selepas mencatatkan penurunan marginal pada bulan sebelumnya. – TMI

CATEGORIES

COMMENTS