100 penduduk terima sumbangan Tahun Baru Cina ADUN Manjoi

100 penduduk terima sumbangan Tahun Baru Cina ADUN Manjoi

ADUN Manjoi , Dato’ Haji Asmuni Awi menyampaikan sumbangan kepada 100 penduduk Tionghua mengikut SOP .

Pegawai Khas ADUN Manjoi, Zahirudin Maarop berkata,

“ Setiap tahun kami mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina melibatkan penerima masyarakat Tionghua di pekan Chemor ini.”

Menurutnya, setiap penerima mendapat barangan keperluan dapur bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina yang akan disambut Jumaat ini.

Sementara itu, ADUN Manjoi, Dato Haji Asmuni Awi berharap masyarakat Tionghua dalam DUN Manjoi menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan meriah dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Turut hadir bersama ialah mantan MPKK Chemor, En Azizan dan wakil komuniti masyarakat Tionghua Chemor, En Teoh. Pemangku OCS balai polis Chemor juga hadir bagi memantau pematuhan SOP di tempat penyerahan barangan sumbangan.

CATEGORIES

COMMENTS