PKP2.0 tak berkesan dan sia-sia

PKP2.0 tak berkesan dan sia-sia

PKP 2.0 TAK BERKESAN DAN SIA SIA.. KEBOLEH JANGKITAN TURUN SEBAB KAWALAN RENTAS NEGERI..

Semalam Ketua Pengarah kesihatan mendakwa PKP 2.0 berkesan disebabkan penurunan Kadar nilai kebolehjangkitan Covid-19 (R0) menurun pada 0.92 daripada 0.94 semalam selepas berada atas 1.0 terutama di beberapa Negeri..

Dan Semalam angka kes terendah dicatatkan sejak 11 Januari .. Bagi aku pandangan Ketua Pengarah Kesihatan ini tidak tepat.. Jika PKP2.0 Berkesan, Mungkin ia bukan angka di permulaan PKP..Tetapi angka pada disember dalam 1-2 Ribu kes..

Sejak awal aku menulis, Tidak ada keperluan PKP 2.0.. Cukup kawal dan tutup ruang rentas Daerah dan Negeri.. Locdown Kilang dan Industri.. Sektor Perkhidmatan beroperasi pada kadar 30%..Dan perketatkan SOP..Kedai makan masih boleh beroperasi dengan 2 orang satu Meja.. maksudnya PKP kali ini sepatutnya dilaksanakan dengan lebih bijak tanpa merosakkan Ekonomi..

Pada anggapan Kerajaan.. Bila PKP 2.0 dilaksanakan..Ia akan berkesan seperti PKP 1.0.. Muhyidin amat terdesak mahu melandaikan lekuk jangkitan untuk adakan pilhanraya sebelum tamat Tempoh Dharurat…. aku dah kata, Ia takkan Berlaku..

Penurunan dan ketika ini terkawal bukan sebab PKP 2.0.. Sebab rakyat dari kawasan merah seperti Selangor, Johor tidak boleh lagi rentas negeri..jadi jangkitan yang berlaku menurun.. Sebab mereka tidak sebarkan wabak dikawasan lain.. jadi bila ia menurun ia adalah Normal.. tanpa PKP pun, ianya dapat dicapai..

Jadi tindakan Kerajaan menutup segmen Ekonomi yang sihat seperti sektor Retail.. melarang makan di Kedai makan walaupun untuk 2 orang adalah satu kesilapan besar..Kerajaan telah membunuh segmen Ekonomi sihat ini secara perlahan.. Banyak syarikat Retail yang menangung hutang dan terpaksa tutup perniagaan..manakala kedai makan mereka kehilangan 70% sumber Pendapatan..

Realitynya seperti aku sentuh sebelum ini adalah kes melibatkan Industri dan Kilang..ini yang perlu kerajaan kawal.. Bukan mengurung rakyat yang sihat.. kesedaran ini perlu Kerajaan tingkatkan kepada rakyat awam..

Katakanlah kes menurun kepada 2 ribu.. Bila Sektor Ekonomi dibuka semula.. PKP 2.0 ditamatkan, Kes juga boleh meningkat semula.. Semalam pun ada kes baru di Kilang Supermax..Ketika ini yang perlu kebijaksanaan Kerajaan mengawal wabak ini dari menular.. Melandaikan kes pada ketika ini sukar biarpun PKP yang ketat..

Apapun.. aku dah tulis beberapa hari lepas.. Dekat raya Cina pasti Kerajaan buka sektor retail dan Pakaian..dan akhirnya semalam dibuka.. begitu juga ruang untuk makan.. Jadi apa perlu PKP lagi.. Maknanya apa.. ? PKP 2.0 adalah sia sia.. Sejak awal Kerajaan hanya perlu kawal rentas Negeri dan Daerah.. Ekonomi setempat perlu dihidupkan..bukan membunuh mereka secara perlahan.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS