Panas! Ketua polis Putrajaya nafi terlibat anjur majlis doa selamat, langgar SOP PKP

Panas! Ketua polis Putrajaya nafi terlibat anjur majlis doa selamat, langgar SOP PKP

Ketua Polis Daerah Putrajaya Mohd Fadzil Ali menafikan dakwaan di media sosial bahawa beliau terlibat dengan penganjuran sebuah majlis yang diadakan di kawasan perumahan di Presint 8 di sini, semalam.

Beliau berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan majlis itu adalah tidak benar, dan pemilik rumah berkenaan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Saya mengesahkan memang ada majlis seperti yang ditularkan itu, namun ia tidak ada kena mengena dengan saya seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Fadzil berkata, siasatan mendapati pemilik rumah itu mengadakan majlis doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Saya hadir di rumah itu lebih awal selepas menerima laporan mengenai penganjuran majlis itu, dan mengarahkan anggota untuk mengeluarkan kompaun terhadap tuan rumah kerana melanggar SOP PKP,” katanya.

Semalam sekeping gambar yang memaparkan sebuah rumah di Presint 8 di sini, mengadakan majlis yang dihadiri lebih 10 individu tular di laman sosial, selain mendakwa pemilik rumah itu mempunyai kaitan dengan Mohd Fadzil. – FMT

CATEGORIES

COMMENTS