Sugarbaby: Rakyat kesal kegiatan ‘jual diri’ di kalangan mahasiswa IPT berlaku dalam kerajaan PN

Sugarbaby: Rakyat kesal kegiatan ‘jual diri’ di kalangan mahasiswa IPT berlaku dalam kerajaan PN

APLIKASI Sugarbook menimbulkan tanda tanya akan kebenaran dakwaan pengasasnya Darren Chan mengenai aplikasi tersebut hanya digunakan untuk mencari pasangan seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 18 Disember 2019. Namun apa yang berlaku ramai yang menggunakannya untuk mencari sugar daddy.

Seperti statistik yang dikeluarkan oleh Malay Mail pada 10 februari baru-baru ini berdasarkan aplikasi tersebut, bilangan sugar daddy di Malaysia sebanyak 180 ribu orang dengan pendapatan 150 ribu sebulan dan bilangan sugar babies sebanyak 220 ribu orang dengan pendapatan 2500 sebulan bagai menjelaskan niat sebenar pembinaan aplikasi tersebut.

Berdasarkan laporan dalam website teknologi lain, purata umur sugar babies adalah 23 tahun dan purata umur sugar daddies adalah 35 tahun agak menimbulkan syak wasangka kerana rata-rata gadis tentulah lebih memilih lelaki yang tidak jauh umur daripada mereka.

Selain itu, berdasarkan statistik tersebut juga, golongan pelajar institut pengajian tinggi swasta merupakan pengguna tertinggi aplikasi tersebut.

Ternyata aplikasi ini yang dikatakan aplikasi pencari jodoh kelihatan seperti sebuah aplikasi penggalak pelacuran kelas tinggi yang dikaitkan dengan langganan sugar daddies kepada sugar babbies.

Perkara ini amatlah dikesali kerana melibatkan pelajar intitusi pengajian tinggi apatahlagi jika melibatkan pelajar melayu Islam.

Orang Islam sudah tentu harus faham hukum zina yang disebutkan Allah dalam surah An-Nur iaitu surah yang diturunkan untuk membincangkan hukum berkaitan seperti disebutkan dalam ayat pertama;

“Ini ialah satu surah yang kami turunkan dan kami wajibkan hukum-hukumnya serta kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat”.

Dewan Muslimat PAS mengharapkan semua orang Islam yang terlibat dalam kegiatan haram ini bertaubat dan meninggalkan perkara tersebut biarpun berhadapan krisis kewangan.

Dewan Muslimat PAS juga dengan ini mendesak aplikasi tersebut diharamkan bagi mengelakkan kegiatan pelacuran seperti itu berleluasa dan disalahgunakan untuk perkara yang melanggar norma sosial negara ini. –

DR NAJIHATUSSALEHAH AHMAD,

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) – HD

CATEGORIES

COMMENTS