Apakah pemimpin Umno Perak menolak penyatuan Melayu? Soal Bersatu

Apakah pemimpin Umno Perak menolak penyatuan Melayu? Soal Bersatu

Assalamualaikum WBT

Saya terpanggil untuk respon atas kenyataan akhbar Menteri Besar Perak yang bertajuk Umno Perak tak kompromi.

Jelas disini pengambilalihan pentadbiran negeri berdasarkan motif politik tertentu, setelah berkuasa Umno mengorak langkah yang dikira perlu demi mengekalkan kuasa, malangnya mereka tak belajar atas sejarah yang lalu, ketamakkan kuasa segilintir pemimpin Umno masih terserlah.

Seperti saya nyatakan sebelum ini, kita harus kekal fokus membantu rakyat dikala pandemik Ini. sekarang bukan waktunya fokus dengan permainan politik.

Saya faham kegusaran yang dihadapi oleh pemimpin Umno, yang sudah mula bercita-cita atau berkira-kira kerusi yang bakal ditandingi dalam PRU 15, jelas kerjasama dengan mana-mana pihak akan menyebabkan kekurangan kerusi dikalangan pemimpin Umno sendiri.

Agihan kerusi perlu dibuat atas setiakawan dan juga perlu ada pengorbanan demi kejayaan sebuah perikatan.

Apakah pemimpin Umno Perak menolak penyatuan melayu dan menafikan peranan parti Bersatu di Perak.

Kesemua 24 Bahagaian Bersatu Perak bergerak aktif dengan penyertaan banyak cawangan baru serta hampir setiap hari penerimaan kemasukkan ahli baru.

Oleh itu Umno BN perlu menghormati rakan sekutu dalam kerajaan demi perjuangan serta kemenangan dalam PRU 15.

Cuma diingatkan tanpa Bersatu dan Pas mungkin Umno tak dapat bentuk Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Dato Dr Zulkifli
Setiausaha Penerangan Negeri Perak

CATEGORIES

COMMENTS