Daim kata UMNO hanya syok sendiri, tak mampu menang PRU-15

Daim kata UMNO hanya syok sendiri, tak mampu menang PRU-15

Veteran politik Daim Zainuddin melihat Umno tidak mampu memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika diadakan sekarang.

Ini, dakwanya memandangkan parti itu tidak lagi menjadi tarikan kepada majoriti rakyat di negara ini.

Menurut bekas menteri kewangan itu, Umno kini sarat dengan “warlord” (panglima perang) yang merasakan mereka masih memimpin negara

“Mungkin Umno boleh memperbaiki pencapaiannya berbanding PRU lalu, tetapi apakah ia mampu memenangi jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan secara sendiri? Saya fikir tidak,” katanya pada wawancara FMT, terbit hari ini.

Bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan era PH berkata Umno seperti tidak belajar dari sejarah, dipercayai merujuk kepada kejatuhan Umno pada PRU14.

 

Umno juga, kata Daim (gambar, atas) gagal menawarkan kepimpinan bermakna untuk kebaikan rakyat.

Daim berkata pemimpin Umno hanya mementingkan untuk menjaga kepentingan diri sendiri.

“Mereka masih bertindak seolah-olah mereka ‘warlord’ yang menguruskan negara,” katanya yang sebelum ini dipecat Umno kerana berkempen untuk menjatuhkan kerajaan BN sebelum PRU14.

Daim turut mengulas tindakan sebilangan pemimpin Umno yang dilaporkan menarik balik sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional bagi mencetuskan pilihan raya umum.

Ia menyaksikan sebilangan besar pemimpin Umno bahagian menyuarakan gesaan supaya parti itu menamatkan kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

Menurut Daim, sangkaan Umno silap sekiranya mengandaikan parti mereka yang lebih kuat berbanding parti majoriti Melayu dalam PN – PAS dan Bersatu, untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

“Tetapi pandangan ini berasaskan apa?

“Ia sebenarnya cuma untuk berlagak (posturing), dan (mahu) berlagak, malah berlagak dalam kalangan mereka yang dikatakan sekutu politiknya,” katanya. – MK

CATEGORIES

COMMENTS