Panas! Orang kanan Peja tempelak MB Perak

Panas! Orang kanan Peja tempelak MB Perak

Sebarang perbincangan berhubung kedudukan kerusi sepatutnya dizahirkan dan diputuskan di meja rundingan bukannya di dada akhbar.

Dahulunya, Dato’ Saarani sebagai Exco Kerajaan Barisan Nasional Perak yang telah kehilangan kerajaan negeri pada PRU 12 dan PRU 14 sepatutnya lebih tahu dengan pengalaman tumbangnya kerajaan BN Perak dalam dua PRU ini.

Sebagai Menteri Besar tiada faedahnya jika berterusan memprovokasi rakan yang bersama membentuk kerajaan di Perak ini.

Tindakan sebegini akhirnya hanya akan menyebabkan UMNO, PAS dan BERSATU di Perak ini kalah dan memberi kemenangan mudah pada Pakatan Harapan PRU 15 nanti. – FB

CATEGORIES

COMMENTS