SKMM sekat aplikasi Sugarbook, tapi admin Sugarbook siap ajar pengguna cara ‘pintas’ sekatan

SKMM sekat aplikasi Sugarbook, tapi admin Sugarbook siap ajar pengguna cara ‘pintas’ sekatan

Beberapa jam selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses ke Sugarbook, perkhidmatan mencari teman itu menghantar emel kepada penggunanya berserta kaedah untuk ‘memintas’ sekatan itu.

Sugarbook, yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan teman muda yang digelar sebagai ‘sugarbaby’ dengan mereka yang lebih tua, menawarkan dua kaedah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa apabila Sugarbook dilarang oleh kerajaan Malaysia.

“Bagaimanapun, berikut merupakan cara untuk mengakses Sugarbook,” menurut emel itu.

Dalam kaedah pertama, perkhidmatan tersebut mendedahkan bahawa ia telah membuat pautan alternatif ke laman web itu.

Bagi kaedah kedua, ia menunjukkan kepada pengguna bagaimana menggunakan Sistem Nama Domain (DNS) untuk melepasi sekatan tersebut.

Aplikasinya juga masih boleh dimuat turun.

Dengan slogan “where romance meets finance,” Sugarbook pada 2019 mula menarik perhatian apabila papan iklan elektronik mengenai perkhidmatan itu dipaparkan di beberapa lokasi.

Kerajaan tidak masuk campur sehinggalah Sugarbook menyiarkan senarai sepuluh universiti awam dan swasta yang mempunyai sugar baby paling ramai.

Dalam tinjauan yang dibuat, Sugarbook juga menunjukkan jumlah “sugar baby” dari pelbagai universiti yang berdaftar di laman aplikasi itu.

Ia mendakwa perkkhidmatan itu membantu pelajar membayar yuran pengajian mereka.

“Kita dalam keadan sukar. Platform kami menyediakan peluang untuk mencari kelegaan ekonomi pada masa ini.

“Keluar dengan orang yang lebih berjaya dan berpengalaman ada faedah tersendiri, dan insentif kewangan hanyalah saru daripadanya.

“Mereka dapat berhubung dengan individu yang berpendapatan tinggi serta peluang memajukan kerjaya,” kata CEO Sugarbook Darren Chan.

South China Morning Post sebelum ini melaporkan bahawa permintaan seks dengan bayaran banyak didapati dalam aplikasi tersebut, tetapi Sugarbook berkata antara keutamaannya adalah melawan maksiat dan eksploitasi. – MK

CATEGORIES

COMMENTS