Tun Faizal diberi surat tunjuk sebab dan diarah menghadap Lembaga Disiplin UMNO

Tun Faizal diberi surat tunjuk sebab dan diarah menghadap Lembaga Disiplin UMNO

Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz diberi surat tunjuk sebab dan diarah hadir ke ke tribunal lembaga disiplin parti itu pada 25 Feb.

Bercakap dengan Malaysiakini Tun Faisal menjelaskan surat tunjuk sebab itu diberi atas alasan dia mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.

Katanya hal itu diketahui selepas mendapat panggilan telefon mengenainya pagi tadi.

Selain itu kata Tun Faisal dia juga menerima mesej melalui WhatsApp meminta dia memberikan surat tunjuk sebab dan hadir pada petang 25 Feb ini.

“Saya tak baca penuh surat itu, tetapi lebih kurang kerana mengkritik presiden (Ahmad Zahid) secara terbuka,” katanya.

Tun Faisal sebelum ini dilapor berkata Zahid hilang kredibiliti dan mengkhianati parti susulan dakwaan cuba membawa Umno menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Pada masa sama Tun Faisal turut mempertahankan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang akhir-akhir ini turut dikritik sesetengah pemimpin Umno kerana dilihat lebih memihak kepada Bersatu.

Untuk rekod Annuar ialah bekas setiausaha agung Umno dan BN namun digantikan dengan orang lain. Tun Faisal merupakan setiausaha akhbar kepada Annuar.

Sebelum ini Tun Faisal mendakwa apa yang dilakukan Annuar cuma mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Umno sebelum ini.

Menjelaskan mengenai arahan dikeluarkan parti hari ini, Tun Faisal memberitahu Malaysiakini dia memang sudah menjangka akan diberikan surat tunjuk sebab itu dua minggu lalu.

“Sebenarnya dua minggu sudah saya dah tahu ada (orang) yang buat aduan ke atas saya,” jelasnya.

Meskipun mengetahui individu yang membuat aduan, Tun Faisal enggan mendedah siapakah pihak tersebut.

“Tidak perlulah,” jawabnya ringkas.  – MK

CATEGORIES

COMMENTS