Dua lelaki mabuk liwat 8 kali secara bergilir-gilir pelayan restoran

Dua lelaki mabuk liwat 8 kali secara bergilir-gilir pelayan restoran

Seorang lelaki menempuh detik malang apabila diliwat berkali-kali oleh dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kayu Ara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pelayan di sebuah restoran sedang berjoging bersendirian di kawasan berhampiran rumahnya di Jalan PJU 6A.

“Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa sedang berjoging bersendirian sebelum bertemu dengan dua suspek yang sedang minum minuman keras.

“Suspek mulanya memanggil mangsa dan bertanyakan pelbagai soalan kepada mangsa, suspek kemudian bertindak menarik tangan mangsa dan mengarahkan mangsa membonceng motosikal,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, mangsa kemudiannya di bawa ke rumah salah seorang suspek di Kampung Sungai Kayu Ara.

“Mangsa kemudiannya mengaku diliwat secara bergilir oleh kedua suspek sebanyak lapan kali selain dipaksa melakukan seks oral.

“Mangsa cuba melawan namun gagal, mangsa kemudiannya dihantar pulang ke kawasan berhampiran rumahnya oleh suspek,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.

“Kedua-dua suspek yang berumur 31 dan 36 tahun itu kemudiannya berjaya diberkas kira-kira jam 11 malam pada Ahad di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara.

“Semakan rekod mendapati suspek yang berumur 36 tahun itu mempunyai dua rekod kes jenayah manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod,” katanya.

Jelasnya, kedua suspek direman tujuh hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 377C,377A dan 354 Kanun Keseksaan. – SH

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )