Mohamad Hasan pemimpin masa depan bagi UMNO dan Malaysia

Mohamad Hasan pemimpin masa depan bagi UMNO dan Malaysia

MAT HASSAN PEMIMPIN MASA DEPAN BAGI UMNO DAN MALAYSIA..

Aku tertarik dengan beberapa pandangan Mat Hassan, Timbalan Presiden UMNO kebelakangan ini.. Terutama melibatkan pandangan dia pada sudut Ekonomi.. Politik.. Termasuk ketika pertikaian isu Dharurat ..

yang terbaru Soal dasar Menteri pendidikan dan kes Mahkamah melibatkan Malaysiakini menyentuh mempertahankan Demokrasi dan Kebebasan media dan hak bersuara.. Yang penting pandangannya lebih jujur dan Amanah dari kebanyakan orang Agama hatta Ulama hatta seperti Presiden PAS dan Mufti Utara..Malah pandangannya dalam hal Ekonomi juga cukup tajam dan keluar dari dasar Populis Najib..

Dalam Politik, Mat Hassan antara pemimpin UMNO yang tidak terlibat dan bersetuju dalam aksi langkah Sheraton dan yang mengambl pendirian berbeza dari kebanyakan pemimpin UMNO..Hatta dia menolak Scheme Of Thing dari pentadbiran PM tebuk atap dengan gaji lumayan sebaai Pengerusi GLC terbesar seperti TNB…

Tok Mat juga mengambil pandangan UMNO mesti berdiri atas prinsipnya sendiri sebagai sebuah parti tanpa terikat dengan PN mahupun Blok yang lain sebagaimana KULI.. Cuma kalau ada pertikaian pada aku dengan UMNO atau Tok Mat adalah Soal prinsip dan Perjuangan Ashabiyah Melayu.. Tetapi tidaklah seteruk Ashabiyah pemimpin PAS menggunakan Agama dan Takfirkan muslim yang lain… dan kita faham mengapa perjuangan Ashabiyah Melayu ini penting sebagai komoditi Politik mereka..

Bagi aku Jika kepimpinan UMNO berubah kepada Tok Mat menggantikan Zahid Hamidi sebagai Presiden.. ia adalah ancaman besar Kepada Pembangkang, Terutama PH.. Malah jika Tok Mat Jadi Presiden mereka jauh lebih reform dan berprinsip dari kepimpinan PH yang bersifat Opportunist biarpun ditawarkan jawatan dan kedudukan..

Mat Hassan ketika PRU 14 hanya menjadi mangsa gelombang perpecahan di dalam UMNO dimana mereka tewas dikawasan pantai Barat dibawa pengaruhnya oleh Muhyidin Yasin.. Jika tidak.. dia seorang MB yang disayangi rakyatnya..dah pasti pada PRU 15 jika Mat Hassan kekal, Dia akan dapat merampas kembali Negeri Sembilan dan beberapa kerusi parlimen.. Kemungkinan Ds Anwar sendiri terpaksa berpindah Parlimen..

Begitu Juga dengan kepimpinan Pemuda, Mereka ada watak seperti Shahril hamdan.. Khairy sebagai pemimpin masa depan.. Malah jauh lebih baik dari kepimpinan pemuda PH seperti Amanah dan PKR sendiri..Tidak seperti Asyraf Wajdi yang bagi aku penuh dengan semangat Ashabiyah dan Jahil seperti kepimpinan PAS..kemungkinan kebanyakan yang berlatarkan Agama jauh lebih teruk..

Tetapi sebagai kata Tun Daim.. Dalam UMNO sarat dengan Warlord.. Kebanyakan mereka terbiasa dengan Politik wang..Jika UMNO berlaku perubahan, dan Kepimpinan dan organisasi PH masih pada takuk yang lama.. Jawabnya PH akan jauh tertinggal… Kemungkinan dalam UMNO kita akan dapat melihat pertembungan kelompok Warlord dan Reform ini sekali lagi.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )