Pembinaan Klinik Kesihatan tergendala: Adun Manjoi buat lawatan tapak, dapatkan taklimat JKR

Pembinaan Klinik Kesihatan tergendala: Adun Manjoi buat lawatan tapak, dapatkan taklimat JKR

Pagi ini saya melawat tapak pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi.

Saya telah diberi taklimat ringkas oleh Jurutera Bangunan JKR negeri Perak. Diantara intipati taklimat beliau ialah projek pembinaan klinik ini akan ditender semula pada bulan Ogos 2021 dan Surat Setuju Terima ( SST ) dijangka akan dikeluarkan pada bulan November 2021.

Klinik ini dijangka siap pada bulan November 2024. Kementerian Kesihatan telah mencadangkan untuk membuat penambahan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit di Klinik ini dan jika penambahan ini berjaya dibuat, ia merupakan ‘pilot project’ kepada klinik KKM.

Penambahan unit ini akan melibatkan sedikit perubahan kepada rekabentuk asal dan ini akan memberi lebih banyak kemudahan kepada penduduk sekitar Gugusan Manjoi. – FB

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )