Buluh tak miang, bemban pulak yang gatal.. apa hal? – Mohamad Hasan

Buluh tak miang, bemban pulak yang gatal.. apa hal? – Mohamad Hasan

‘Buluh tak miang, bemban pulak yang gatal.. apa hal?

Itu peribahasa penuh makna Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai tindakan sesetengah pihak yang sibuk dengan hal ehwal partinya.

Dalam ciapan Twitternya, Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu juga memuatnaik kenyataan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman yang mahu UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu Jumaat lepas.

Sebelum itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan juga mempersoalkan Muhammad Faiz atas kenyataan yang sama.

Menurutnya, gesaan terbuka melalui media untuk UMNO mendedahkan perihal dalaman parti hanya membongkar kelemahan pihak yang membuatnya. – MG

CATEGORIES

COMMENTS