Keputusan terkini Mahkamah Persekutuan rampas bidang kuasa Mahkamah Syariah? Ini pandangan peguam…

Keputusan terkini Mahkamah Persekutuan rampas bidang kuasa Mahkamah Syariah? Ini pandangan peguam…

Aku tidak melihat keputusan terkini Mahkamah Persekutuan di dalam kes Iki Putra bin Mubarrak lwn Kerajaan Negeri Selangor & Anor sebagai usaha merampas bidang kuasa sedia ada Mahkamah Syariah.

Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan yang betul dengan membuat “realignment” terhadap bidangkuasa jenayah bagi Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Mereka mengekalkan mana yang patut dikekalkan dan membetulkan semula mana yang salah.

Dapatan sedemikian dibuat setelah Mahkamah Persekutuan membuat perbandingan yang menyeluruh terhadap kes-kes terdahulu seperti Sulaiman Takrib dan Sukma Darmawan di mana Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah di dalam kes-kes tersebut tidak membuat analisa yang menyeluruh terhadap State List (“Senarai Negeri”) ketika membicarakan mengenai bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. (Kalau nak tahu lebih detail, kena baca Alasan Penghakiman)

Yang menariknya di dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan tidak membiarkan kita tertanya-tanya…kalau kesalahan ini bukan bidang kuasa Mahkamah Syariah, maka kesalahan yang bagaimana pula berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah? Adakah kesalahan jenayah semuanya akan dibicarakan di Mahkamah Sivil?

Bagi menjawab persoalan di atas, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Sri Azahar Mohamed telah memberikan satu sempadan bidang kuasa yang jelas diantara kedua-dua Mahkamah ini di mana kesalahan jenayah yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah termasuklah; (a) kesalahan jenayah yang berkait dengan perkara aqidah, (b) kesucian Islam dan institusi Islam serta (c) apa-apa kesalahan yang berkait dengan akhlak.

Manakala kesalahan yang sama atau hampir kurang sama dengan kesalahan yang terdapat di dalam Federal List (“Senarai Persekutuan”), maka kesalahan-kesalahan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil sekalipun kesalahan tersebut termasuk di dalam kesalahan jenayah Islam.

Keputusan ini adalah satu permulaan yang baik bagi mengelak berlakunya pertembungan (“conflict”) bidang kuasa diantara dua Mahkamah serta dwi hukuman terhadap pelaku jenayah yang sudah tentu bertentangan dengan perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Adakah keputusan ini akan memberi kesan kepada RUU355?

Kita biarkan kepada PAS untuk mengulas persoalan ini…

Wallahu a’lam.

#kitajagakita

Mohd Fitri Asmuni
Peguam

CATEGORIES

COMMENTS