Gempar! Rara kini tunangan orang

Gempar! Rara kini tunangan orang

KHABAR angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman bakal mengakhiri zaman jandanya ternyata benar dan hari ini ia disahkan sendiri wakil rakyat itu.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan YB Rara berkongsi gambar pertunangannya itu di akaun Instagram miliknya petang tadi.

Gambar beliau yang sedang disarungkan cincin dan satu lagi gambar bersama tunangnya Edrin Furtado dengan kapsyen ringkas ‘Alhamdulillah’ mendapat ucapan tahniah daripada warganet.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di mana majlis pertunangan itu diadakan.

Malaysiapost pada 31 Disember lalu melaporkan Adun daripada DAP itu dikhabarkan bakal mengakhiri zaman janda dengan mengahwini seseorang pemimpin daripada Pemuda Umno.

Ummi Alfida Ali menerusi hantaran di Facebook miliknya memaklumkan perkara itu serta mendedah hubungan pasangan berkenaan.

Ummi mendakwa beliau tidak sabar untuk menunggu hari pertunangan mereka dan majlis perkahwinan yang dilaporkan berlangsung pada Mac ini.

“Kompang dipalu di tahun baru moga kekal ke anak cucu.

“Pasangan yang paling letop yang bakal viral selepas Neelofa, YB Rara dan adikku Edrin Furtado ‘the most gorgeous couple,” kata Ummi.

Ummi menambah, beliau gembira atas perkhabaran berita tersebut malah akan menaja pelamin mereka. – MS

CATEGORIES

COMMENTS