Razman raikan guru Pasti yang telah berkhidmat lebih 24 tahun

Razman raikan guru Pasti yang telah berkhidmat lebih 24 tahun

JASAMU DI KENANG MUJAHIDAH MUALIMAH

Sepagi semalam bersama2 Program Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak, anjuran bersama PASTI Negeri Perak,bertempat Markaz PAS Kampar. Program ini bertujuan menghargai Mualimah2 Negeri Perak yang telah mengajar PASTI lebih dari 24 Tahun.

Pastinya banyak penggalaman yang mereka tempuhi sepanjang mereka menjadi tenaga pengajar..yang bermula dari era susah hingga kini yang serba canggih. Ada yang telah Berkhidmat hampir 30 thn,Ada yg kini menjangkau umur 70 thn walaupun sudah berhenti mengajar namun masih memberi khidmat dalam bentuk lain..dengan kata lain,PASTI memang tidak dapat di pisahkan.

Tahniah kepada semua Mualimah2 yang mewakil Kawasan masing2. Sesungguhnya hati ini begitu terharu dengan khidmat dan pengorbanan sahabat2 semua. Memang wajarlah kalian menerima penghormatan sedemikian, sebagaimana yang di ucapkan oleh Perasmi Program YB Hj Razman Zakaria Persuruhjaya PAS Perak dan AF Us Faisal Puiat Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Tahniah juga kepada Mualimah Pasir Salak Ustzh Rafidah Soib dan Ustzh Saniah Che Mat. Teman datang sekadar meraikan kerana ada sejarah di sebaliknya 😊 – FB

CATEGORIES

COMMENTS