Panas! Dua bekas Adun DAP Perak masuk Bersatu

Panas! Dua bekas Adun DAP Perak masuk Bersatu

Dua Adun Perak yang sebelum ini memenangi kerusi masing-masing atas tiket Pakatan Harapan (PH) kini secara rasmi menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

Adun Tronoh Paul Yong dan A Sivasubramaniam (Buntong) kini dilaporkan menjadi anggota Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka merupakan anggota DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu untuk menyokong PN.

Pada bulan lalu Sivasubramaniam menyertai Gerakan pada bulan Jun, manakala Yong sebelum inni memilih menjadi Adun bebas. Dengan langkah terbaru Sivasubramaniam itu Gerakan kini tiada wakil dalam DUN Perak.

Setiausaha Bersatu Perak, Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan penyertaan Yong dan Sivasubramaniam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurut Zainol, permohonan kedua-dua mereka telah diserahkan sebelum ini dan Bersatu memberikan persetujuan pada Dis lalu.

Yong kini menjadi anggota Bersatu Batu Gajah sementara Sivasubramaniam di Ipoh Barat.

Sebagai bukan bumiputera, Yong dan Sivasubramaniam akan menjadi sebahagian daripada sayap anggota bersekutu Bersatu. Bagaimanapun untuk rekod mengikut perlembagaan parti itu, ahli bersekutu tidak mempunyai hak mengundi dalam urusan parti. – MK

CATEGORIES

COMMENTS