DAP tegas tiada kerjasama dengan Umno

DAP tegas tiada kerjasama dengan Umno

DAP menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, katanya, pendirian parti itu konsisten walaupun ketika berada dalam pembangkang dan hanya akan bekerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan kepentingan rakyat.

“Selagi ia untuk kebaikan rakyat, kita sanggup memberi sokongan…atas tujuan tertentu berhubung isu berkaitan kepentingan dan manfaat rakyat. Tiada kerjasama atas dasar kepentingan parti dengan UMNO,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan mengambil pendekatan untuk tujuan tertentu tidak bermakna bekerjasama dengan UMNO tetapi sanggup bekerjasama demi kepentingan rakyat seperti mahukan persidangan Parlimen diadakan.

Dalam pada itu, Lim, yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata parti itu tidak menyokong tindakan wakil rakyat melompat parti meskipun perkara tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. – IW

CATEGORIES

COMMENTS