ISMA pun nak buat Mart macam Ebit Lew

ISMA pun nak buat Mart macam Ebit Lew

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengorak selangkah lagi ke hadapan apabila bakal melancarkan pasar mini pertama, Rabu ini.

Cawangan pertama Pasar Mini Ismart di Bangi Getway, di sini akan dirasmikan oleh Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pasar mini itu adalah antara projek di bawah ISMA, dalam agenda memperkasakan ekonomi umat Islam selain sebahagian daripada inisiatif kempen Beli Produk Muslim (BMF).

“InsyaAllah, Ismart Bangi adalah cawangan pertama Ismart dan kami sudah pun merancang untuk membuka cawangan-cawangan di seluruh Malaysia untuk merancakkan kadar kompetatif ekonomi umat Islam di Malaysia.

“Bagi yang berkelapangan, mohon hadir ke majlis ini dan mohon juga sokongan anda untuk uar-uarkan berita baik ini,” katanya.

Untuk makluman, majlis pelancaran cawangan pertama Pasar Mini Ismart akan diadakan pada 10 Mac, jam 3 petang di Street Mall, Jalan Gerbang Wawasan 1 Bangi Getway, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. – IW

CATEGORIES

COMMENTS