Polis siasat Datuk, Tan Sri jadi dalang kartel dadah

Polis siasat Datuk, Tan Sri jadi dalang kartel dadah

Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan dilakukan termasuk mengenal pasti sejauh mana pembabitan orang kenamaan berkenaan.

“Siasatan menyeluruh akan dibuat dan saya akan memastikan keadilan.

“Dalam menjalankan siasatan, kita perlu lihat segala aspek termasuk sama ada mereka benar-benar terbabit atau sebaliknya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu bergelar Tan Sri dan dua Datuk adalah dalang utama aktiviti pengedaran kokain di negara ini sejak empat tahun lalu.

Kegiatan mereka sukar dihidu sebelum ini selepas hanya mempamerkan kehidupan seharian dengan terbabit dalam perniagaan sektor perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan pembuatan besi.

Sebaliknya, aktiviti yang menjana kehidupan mewah mereka itu adalah hasil daripada penyeludupan dan pengedaran kokain. – IW

CATEGORIES

COMMENTS