Bersatu nak langgar UMNO di Terengganu, kan aku dah kata….

Bersatu nak langgar UMNO di Terengganu, kan aku dah kata….

BERSATU NAK LANGGAR UMNO DI TERENGGANU, KAN AKU DAH KATA..

Baru kelmarin aku respon kenyataan Ds Anwar.. Kalau nak kerjasama dengn parti UMNO..Aku memegang pendirian bersama dengan DAP dan itulah pendirian Tg Nik Aziz..Tidak ada kerjasama dengan UMNO..

Tetapi bagi kawasan kawasan tertentu secara strateginya boleh bagi laluan kepada UMNO..aku ada sebut pasal Terengganu.. Ini yang Bersatu tak sedar diri.. Politik Terengganu ni dari dulu Melayu hanya akan memilih PAS atau UMNO.. jangan kata Bersatu, PKR 20 tahun pun masih ditolak Melayu disana..

PH pada PRU 14, jangan kata Parlimen, Kerusi Dun pun takda satu pun menang..Hatta di Kelantan.. Husam yang sinonim dengan Masyarakat disana tetap Kalah..PKR biarpun suatu ketika dibantu PAS pun, Orang melayu tetap tak terima..depa sanggup terima UMNO kalau bukan PAS.. maksudnya pilihan orang Melayu kalau tidak PAS, pilihan mereka adalah UMNO..Itu reality Politik melainkan kawasan bandar..

Jadi biarkan UMNO bertanding mengalahkan PAS…. Kelompok Takfiri itu dulu perlu dikalahkan.. Pendirian aku ni sebelum PRU 14 lagi.. Itu sebab aku kata, Kalau bagi Pejuang.. Parti Tun bertanding dikawasan luar bandar.. Biarlah depa mati disitu..Apa yang sibuk nak berebut kerusi kawasan tersebut..

PH dan Amanah boleh berikan tumpuan di Kelantan..Biarpun PH tidak menang walaupun satu kerusi di Kelantan..Bagi Kelantan kalau pemimpin bijak merangka strategi..Amanah boleh mengikut jejak Warisan di Sabah.. Sebab Sejarah Kelantan dan Sabah hampir sama..Mereka boleh keluar untuk mengundi selalin parti PAS dan UMNO.. Mereka pernah bagi peluang pada Berjasa dan PBS..

Tap itulah.. Apapun, Aku berharap PH memperkuatkan asas Politik melawan kelompok Ashabiyah.. pada akhirnya ,UMNO, PAS dan Bersatu mereka tetap akan bersama..Bagi mereka, seteruk mana UMNO hatta PAS.. Azimat No DAP..No Anwar itu tetap kuat bagi Melayu luar bandar..

Sepatutnya dari sekarang PH kena memperkuatkan melawan naratif Ashabiyah ini bagi memecah pemikiran sebahagian Melayu jika tidak semua pun.. Sebab hikmah besar dari rampasan kuasa ini, Melayu dapat lihat sebahagian besar retorik penyatuan melayu, islam PAS dan UMNO.. 🙂

Ipohmali,

CATEGORIES

COMMENTS