Belajar dari Dr Dzulkefly ubah minda, sikap rakyat Malaysia terhadap perokok

Belajar dari Dr Dzulkefly ubah minda, sikap rakyat Malaysia terhadap perokok

Perubahan paling sukar bagi seorang pemimpin Negara adalah mengubah minda dan sikap rakyat dia..Itu sebabnya banyak perkara ini disentuh Prof Engku Aziz dalam tulisannya adalah tentang Sikap masyarakat Melayu..Dan itu yang ditulis dalam tulisannya ” tragedi pemikiran Melayu”, tulisan Munshi Abdullah dalam Hikayat Abdullah atau Setidaknya buku Malay Dilemma ditulis Tun Mahathir.. Ia berkenaan Sikap sebuah masyarakat..

Membuat pembangunan bagunan pencakar langit adalah mudah..Tetapi tidak dalam mengubah minda rakyat.. Almarhum TG Nik Aziz nak ubah minda rakyat Kelantan tentang Kepentingan menjaga kebersihan dan sikap rakyatnya yang suka membuang sampah merata juga gagal..

Sebagaimana gagalnya Kerajaan hari ini cuba mengubah kepatuhan rakyat kepatuhan kepada SOP dengan denda yang Tinggi dan akhirnya menzalimi rakyat bawahan.. tetapi ia berjaya dilaksanakan Dr Dzul dengan penuh Hikmah…

Dalam mengubah minda rakyat Malaysia ini.. bagi aku, Ia berjaya dilakukan Dr Dzulkifly Ahmad ketika menjadi Menteri Kesihatan..Iaitu mengubah sikap PEROKOK ! Lihat bagaimana Dr Dzul yang awalnya dikritik,hata dari kalangan penyokong PH sendiri.. tetapi hasilnya hari ini kita dapat melihat perubahan minda Masyarakat.. Jika masih ada yang degil itu sifat segelintir masyarakat..

Aku antara pembenci sikap orang yang merokok,terutama di kedai makan dan tempat awam tanpa mengambil peduli orang awam dan kanak kanak.. Hari ini ramai ibu bapa sudah berasa aman untuk duduk dikedai makan tanpa gangguan perokok….

Ada ketika aku lepak dengan Sahabat terpaksa beralah atau malu alah dengan sikap mereka yang merokok..Hatta ada Ustaz pondok beserban berjubah balik dari mengajar agama merokok dimeja makan..Yang malunya aku.. Nak tegur takut jatuh air muka, Mereka belajar Agama..tetapi apa yang depa Belajar kita tak tahu..

Kadang kadang sikap tidak peduli perokok ini datang dari penguatkuasa sendiri..Aku pernah tengok Anggota Polis merokok.. Tentera Merokok malah pegawai kesihatan dalam ketika memakai pakaian seragam di kedai makan.. Kenapa ini berlaku, Sebab takda kesedaran..

Inilah jasa besar Dr Dzul..Antara yang aku anggap sebelum ini sukar dilaksanakan.. Beberapa kali cubaan Kerajaan BN sebelum ini gagal..hari ini aku melihat sendiri Dr Dzul berjaya mengubah sikap rakyat Malaysia menjadi rakyat yang bertamadun.. Mereka sudah boleh berfikir dan ada kesedaran untuk merokok di luar kedai.. Jauh dari orang ramai..Kalau ada yang masih degil pun, Mereka merokok secara bersembunyi..

Masa Dr Dzul laksanakan dasar ini, Tak perlu Ordinan Dharurat..Tak perlu menggunakan Tentera dan Polis.. Tetapi kesedaran awam, Perlaksanaan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan amaran..Boleh dikatakan kes yang di denda pun tidak sampai jumlah kes denda SOP sehari hari ini ..

Maksudnya Dr Dzul berjaya mengubah minda rakyat dengan Mendidik dan Memberikan kefahaman kepada mereka dengan penuh Hikmah.. Bagi aku inilah Kejayaan besar Dr Dzul dan Pakatan Harapan biarpun pada kita nampak ianya kecil.. Iaitu mengubah kebiasaan Masyarakat tentang Rokok..

Inilah maksud bait dari kata kata Sadina Uthman..

“إِنَّ اللَّهَ لَيَزَع بِالسُّلْطَانِ مَا لَا يَزَعُ بِالْقُرْآنِ”

” Sesungguhnya Allah benar-benar mencegah (perbuatan dosa) melalui kekuasaan hal-hal yang tidak dapat dicegah melalui Al-Qur’an…”

Ada ketika, Mengubah mansyarakat..Tidak dapat dilaksanakan dengan Al-Quran, tetapi kekuasaan pemerintahan.. Itu yang berlaku di Kelantan, 25 Tahun Tok Guru sampaikan hadis Nabi, Firman Allah tentang Kebersihan.. ianya gagal difahami rakyatnya…

Dalam Kata Saidina Uthman Ini, ditulis dalam Kitab Ibnu Katsir..

الآية وفي الحديث إن الله ليزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن أي ليمنع بالسلطان عن ارتكاب الفواحش والآثام ما لا يمتنع كثير من الناس بالقرآن وما فيه من الوعيد الأكيد والتهديد الشديد وهذا هو الواقع..

” Dengan kata lain dalam Hadis ini, dapat disebutkan bahawa sesungguhnya berkat dari kekuasa­an (pemerintahan) dapat dicegah banyak perbuatan keji dan dosa-dosa yang tidak dapat dicegah melalui Al-Qur’an di kalangan orang kebanyakan(Rakyat), memberi peringatan dan ancaman yang keras bagi para pelanggarnya benar-benar dilaksanakan, dan memang demikianlah kenyataannya( reality Kehidupan)… ”

Bayangkan Jika Perubahan minda ini berjaya dilakukan PH, Kita akan berada dihadapan..Kita akan terkehadapan berbanding Indonesia Hatta Singapura dalam mencapai status Negara Maju.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS