Celaka! Nelayan Palestin maut kena drone Israel

Celaka! Nelayan Palestin maut kena drone Israel

Tiga nelayan Palestin terbunuh pada Ahad apabila sebuah dron Israel yang sarat dengan bahan letupan meletup, kata Kementerian Dalam Negeri Gaza.

Jurucakap kementerian Iyad al-Bozum berkata sebuah dron jenis quadcopter yang tersangkut di jala dan meletup, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Kementerian mendakwa Israel bertanggungjawab atas kejadian yang mengorbankan nyawa tiga nelayan di pantai Khan Younis, selatan Gaza,” tambah al-Bozum.

Beliau mendesak kumpulan hak asasi untuk mendakwa pihak berkuasa Israel di mahkamah antarabangsa atas perlakuan jenayah mereka terhadap rakyat Palestin.

Kementerian akan menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, tentera Israel menafikan rejim itu terlibat dalam kejadian berkenaan. – SerantauMuslim

CATEGORIES

COMMENTS