Bila Utusan buat laporan tentang Anwar, pakat puji pulak, tapi siapa owner Utusan?

Bila Utusan buat laporan tentang Anwar, pakat puji pulak, tapi siapa owner Utusan?

Semalam pakat puji Utusan bila Utusan membuat laporan beberapa muka surat penuh berkenaan Ds Anwar..Ya aku setuju.. Mutaakhir ini Utusan sudah mula terbuka.. Tidak terlalu Ashabiyah seperti dulu.. Tetapi tahu kah kita, Proses pengambilalihan Utusan itu adalah proses Politik ?

Utusan melupuskan 70% Kepentingannya saham anak syarikat milik penuhnya, Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd.. katanya salah seorang Pengarahnya adalah Syed Mokhtar..Begitu juga pengambilalihan media prima.. dan kita sedia maklum, Tun selalu melakukan gerak kerja Politik dan Mesyuarat di bagunan Yayasan Bukhary..Malah disitu Kerajaan PH ditubuhkan dan dimumkan….

Dulu ramai yan pertikai tindakan Kerajaan PH pimpinan Tun, Marah UMNO kononnya Zalim menindas Utusan..Akhbar yang dulunya milik UMNO memperjuangkan Melayu..Kini tergadai..

Najib pernah menyatakan perasaan sedih akan nasib Utusan, Najib marah UMNO menjual kepentingan Utusan yang Ditubuhkan sejak tahun 1939.. Maklumlah, Dulu Akhbar ini lah yang kuat menyebarkan kebencian kaum dan Agama.. Malah cerita tuduhan kotor dan jijik kepada Anwar, Utusan adalah lidahnya yang menghasut orang Melayu..

Tapi itulah kebijaksanaan Tun Mahathir.. Dia mengurangkan pengaruh UMNO melalui pembelian Saham dan Pegambilalihan Pengurusan Utusan.. Prosesnya mungkin nampak kejam, tetapi itulah Politik.. Sama seperti Tun lakukan mengurangkan Pengaruh British dalam Syarikat perladangan Ghuthrie..

Tapi itulah.. Kalau ada jer media lapor pasal Ds Anwar.. Kalau ada jer cerita pasal PM..Kita puji melambung..Kata depa, Itu petanda Anwar sudah semakin hampir jadi PM..Tak habis habis cerita pasal PM.. Sampai lupa hakikat.. Itulah sebahagian Kejayaan Tun Mahathir.. Siapapun jadi PM atau Kerajaan akan lakukan perkara yang sama melalui Proxy mereka..Itulah Politik..tak sesuci istilah Islah dan Islam..

Ds Anwar masa jadi Menteri kewangan pun ada Proxy, ada Taikun yang rapat dengan mereka… Toksah berlagak sucilah…Masa Anwar dipecat beberapa pemimpin di GLC dari kalangan team wawasan dipecat.. itu proses biasa dalam Politik..

Itu sebab aku kata, Yang betul betul Marhaen dan Miskin ni , Parti Amanah jer..Takda Taikun dan Tauke nak rapat dengan Mat Sabu…Maklumlah orang Kampung.. Tak pandai main Politik taikun dan tauke ni..

Jangan Marah..Cuma pandangan Jujur jer.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS