
Syed Saddiq presiden pro-tem parti MUDA
PENGUMUMAN KEPIMPINAN PRO-TEM MUDA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Barisan Penaja MUDA telah bersetuju untuk memuktamadkan barisan kepimpinan pro-tem MUDA. Barisan pro-tem ini akan dicerminkan dalam pimpinan parti & berfungsi secara rasmi apabila parti didaftarkan.
MUDA percaya kepelbagaian latar belakang agama, bangsa, umur dan pendidikan yang ada pada barisan kepimpinan ini akan menjadi satu kekuatan kepada parti untuk membina semula negara untuk semua.
Pimpinan MUDA ini diterajui oleh tokoh dalam bidang masing-masing seperti:
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, 28 tahun
Aktivis hak asasi manusia, Amir Hadi, 29 tahun
Aktivis masyarakat, Cikgu Rahayu, 40 tahun
Peguamcara dan peguambela, Lim Wei Jiet, 29 tahun
CEO Perbadanan Kota Buku, Mutalib Uthman, 38 tahun
Tokoh petani moden, Shahrizal Denci 38 tahun
Doktor Perubatan, Dr Thanussha Francis Xavier, 30 tahun.
Proses pemilihan dilakukan melalui siri-siri temuduga bagi memastikan barisan kepimpinan yang dibentuk mencerminkan roh dan prinsip MUDA.
Barisan kepimpinan MUDA percaya kepada 5 prinsip utama parti, iaitu:
Perwakilan Demokratik (Democratic Representation);
Keadilan Ekonomi (Economic Justice);
Politik Baru (New Politics);
Martabat Manusia;
Parti untuk Semua Rakyat Malaysia
Barisan kepimpinan MUDA akan bekerja keras untuk memperjuangkan nasib setiap lapisan rakyat Malaysia, memerangi rasuah dan salah laku, mengangkat budaya nilai serta menumpukan usaha untuk menjadi pembangkang yang cekap.
MUDA SUDAH MULA
Dilampirkan bersama adalah biodata setiap ahli kepimpinan pro-tem MUDA.
SENARAI PIMPINAN PRO-TEM
Presiden: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Setiausaha Agung: Amir Hadi
Naib Presiden:
Siti Rahayu Baharin
Lim Wei Jiet
Mutalib Uthman
Shahrizal Denci
Dr Thanussha Francis Xavier
Pengarah Kewangan: Amira Aisya
Ketua Penerangan: Zaidel Baharuddin
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat:
Luqman Long
Dr Teo Lee Ken
Ezzaty Hasbullah
Dr Mathen Nair
Afiqah Zulkifli
Tarmizi Anuwar