Antara ritual kahwin dan majlis berbuka puasa di Gurdwara

Antara ritual kahwin dan majlis berbuka puasa di Gurdwara

Beruntunglah zaman sekarang.. Terbukti jelas Video ritual berkahwin di Gurdwara, Hanya perlukan pengakuan dan disucikan pengakuan dihadapan Mufti Negeri tanpa perlu melampirkan bukti di Mahkamah..akhirnya Semua selesai..Tak perlu pergi Mahkamah.. hanya kerana dia anak VVIP..

Walaubagaimana pun, pada sudut Prinsip Aqidah..Menurut prinsip Islam..Aku setuju..Bila dia kata dia masih muslim, kita kena terima.. Bukan urusan kita pertikai dan menilai apa yang yang ada didalam hati.. sebagaimana kata Nabi ﷺ kepada Usamah..
“هَلَّا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ ؟

” Adakah engkau belah dada nya untuk mengetahui isi hatinya ? ”

Cuma prinsip hukum itu harus lah setara dengan orang biasa dan Rakyat Marhaen.. Jangan orang Biasa mereka dituduh hanya dari sangkaan..dikejar..Ditangkap dan Dihina.. Tak puasa diangkut dgn kereta jenazah..Tak Solat Jumaat Didakwa..Hanya melibatkan Dosa peribadi…

Ketika itu sangkaan menjadi asas untuk menghukum oleh penguatkuasa agama, sama kes Lesbian di terengganu dan banyak dari kes Khalwat..Orang yang ada kedudukan atas Dosa Peribadi dimaafkan, Rakyat dihukum..Hukum dan mizan timbangannya perlu sama..

Cuma aku teringat dulu..Cerita di Johor jugak, hanya kerana Majlis buka Puasa oleh Pemimpin bukan Islam di Masjid, Hanya kerana meraikan majlis berbuka di Gurdwara..Bising,Riuh seolah olah Islam terancam.. Seolah olah Aqidah tergadai..hanya kerana yang lakukan itu tidak sehaluan dalam Politik..dan yan buat tu Bukan Islam..

Kehidupan ini penuh Retorik dan lakonan sang penguasa.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS