Bila Ketua Polis Negara kata ada kartel nak jatuhkan dia, ia tidaklah mengejutkan

Bila Ketua Polis Negara kata ada kartel nak jatuhkan dia, ia tidaklah mengejutkan

Bila Ketua Polis Negara dakwa ada Kartel nak jatuhkan dia, Bagi aku taklah mengejutkan.. Itu sebab banyak tindakan, peristiwa pelik pelik yang berlaku ketika zaman pemerintahan PH.. Sama dengan kartel dalam Kerajann hatta dalam PH sendiri… Itu biasa bila Reform ingin dilaksankan…

Jadi tak hairan ujian makin besar dalam PDRM.. Itu sebabnya awal pemerintahan PH.. Tun ada keperluan membawa orang luar mengetuai badan seperti Peguam Negara, Pendakwaraya, SPRM dan PDRM sendiri..Sebetulnya Hamid Badoor sebelum ini sudah pun dianggap bersara.. Tetapi dia antara yang tegas melibatkan dakwaan 1MDB sejak zaman Najib lagi, dia diberi peranan..Itu sebab dia disejuk bekukan..

dalam Politik atau Pentadbiran Kerajaan.. Hata dalam PDRM.. Kalau kuat dok berlakon berlawan dengan Samseng lah..Berlawan dengan Gangster lah..Diugut sana , Diugut Sini..Aku bukan percaya sangat..Sama dengan orang Politik lah.. Untuk nama dia nak melobi…

Tu sebab orang mcm Musa Hassan dulu zaman konon tangkap Gangster aku tak berapa percaya sangat.. Tak kira lah hang anak guru Quran ker apa.. Sebab yang kita tengok sifat amanah dan Kerja dia.. Kalau banyak Sembang ni..aku kurang percaya..

Bila Kerajaan sendiri dibayangi Scheme Of Things.. Maka ada ruang Taikun.. Orang berpengaruh menguasai Institusi Negara dengan cara yang sama… Iaitu membeli pengaruh sepertimana Politik Negara.. Kalau Ulama boleh dtundukkan..Apalagi pihak berkuasa..

Jadi bila IGP Sebut Kartel ni.. Aku faham lah..dah nampak ciri ciri Kartel bila banyak kes melibakan PDRM akhirnya ditutup.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS