Fatwa 2018: Jangan undi Pas jika bergabung dengan Umno

Fatwa 2018: Jangan undi Pas jika bergabung dengan Umno

Pas meminta rakyat jangan mengundi parti itu sekiranya mereka bersama dengan Umno pada PRU14 ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat boleh melihat perkara itu selepas kerajaan sedia ada sekarang membubarkan Parlimen.

Menurutnya, ketika penamaan calon nanti, rakyat boleh menilai sendiri sama ada Pas akan bersama Umno atau kedua-dua parti ini bertanding merebut kerusi.

“Kita nak rakyat lihat ini, kalau rakyat tak percaya. Kalau Pas bersama (bekerjasama) Umno jangan undi Pas.

“Tapi rakyat kena berjanji, kalau Pas tak bersama Umno, mereka wajib kena undi Pas. Berani janji?,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada pengundi berhubung dakwaan Pas menjalin kerjasama atau bergabung dengan Umno pada PRU14 pada Sesi Dialog, Anda Tanya? Pas Jawab di Kampung Padang, di sini, malam tadi.

Sesi dialog tersebut turut disertai Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Adun Beserah, Andansura Rabu.

Kira-kira 200 penduduk setempat menghadiri sesi tersebut bagi mendapatkan secara jelas mengenai sesuatu isu dan tawaran manifesto yang akan ditawarkan Pas kepada penduduk di negeri ini. – SH

CATEGORIES

COMMENTS