Muhyiddin buat perutusan mengejut, umum pakej rangsangan ekonomi yang kosong

Muhyiddin buat perutusan mengejut, umum pakej rangsangan ekonomi yang kosong

Takda ribut..takda hujan, Tiba tiba Muhyidin buat Perutusan mengejut.. Baca pada tajuk Pakej Rangsangan yang memfokuskan Ekonomi nampak hebat, Kononnya Suntikan Fiskal RM 10 Billion melibatkan Pakej keselurahan RM 20 billion..Pakejnya nama PEMERKASA.. Rupanya hanya penambah Perisa menipu orang kampung..

Aku dok bayang Malaysia akan ikut jejak Singapura.. Sebab semalam Presiden Singapura,Dr Halimah yacob luluskan penggunaan Rezab tunai Singapura lebih SD 11 Billion(RM 33 Billion) untuk rancakkan Ekonomi..Malangnya apa yg diumumkan pada januari lalu, Diulang balik kerja perutusan lama dia.. Ulang apa yang ada dalam belanjawan, dan apa yang dah diumumkan dalam Pakej Permai, Malah lebih teruk ia bukannya bertambah.. jadi berkurang..

Sebagai contoh, GKP RM 1 ribu yang diumumkan dalam Pakej Permai pada 18 Januari.. Belum pun diagihkan.. PKP 2 bulan pun dah tamat.. Bisnes dah teruk..Dia Umum GKP yang sama… Sampai hari ini GKP yg diummkan Januari belum diagihkan.. dia umum lagi..

Masa Pakej Permai pertama dia umum Skim Mikro Kredit RM 1 Billion bakal dagihkan…Bila tukar nama Pemerkasa hanya tambahan RM 500 juta pada Tekun.. Kalau jumlah ini yg diumumkan.. Bukan Pakej Rangsangan..Belanjawan Tahunan biasa bagi BSN, PUNB dan MARA pun selalu diumumkan peruntukan yg sama setiap tahun..

Bila buat Pakej Rangsangan, Fokus pada Ekonomi..Fokus pada PKS dan IKS.. Ini tidak , dia nak bagi gempak, Dia umum tambahan peruntukan Vaksin, Peruntukan BPR.. Elaun OKU.. Elaun Gajet, Elaun Petugas kesihatan..Ini apa kena mengena dengan rangsangan Ekonomi ? ini dah diumumkan sebelum ni..

Yang baru, cuma aku dengar Projek melibatkan Kontraktor kecil dari RM 2.5 kepada RM 5 Billion..bila projek kecil ni.. kita faham fahamlah.. Projek projek ini akan turun ke cawangan dan Bahagian sepertimana zaman UMNO dulu..Ia petanda Pilihanraya dah dekat..takda kena mengena bantu Kontraktor dengan Pakej Rangsangan Ekonomi..

Tapi kalau Pak Maun ni, Memang pandai berlakon menipu makcik Kiah dan Pak Mat Tempe.. apa yang dia umumkan, Takda langsung membantu Ekonomi.. dia ulang yg sama Subsidi Upah,BPR dan GKP..Sebelum ni bila aku dengar dia kata nak fokus Ekonomi..Ingatkan betul lah..Kut ikut Model Singapura atau German.. Rupanya hampas..

PKP dia selama 2 Bulan, Pak maun ni dah bunuh Ekonomi Rakyat..Ingat nak lah dia berikan suntikan Fiskal merancakkan kecairan Tunai dalam Ekonomi.. Sekurang kurang umumkan bantaun Subsidi Sewa bagi PKS dan IKS terbeban dengan penutupan perniagaan..banyak perniagaan tak mampu tanggung sewa premis..

Dah habis tutup Hotel, Tutup perniagaan..Pengangkutan awam tak berjalan.. last last umum bantu Agensi Pelancongan, elaun Pemandu Pelancong yg dia dah umum sebelum ini.. lepas tu umum rambang GKP RM 1 ribu.. Apa oleh buat RM 1 ribu bila 2 Bulan Perniagaan Terjejas..

Tapi itulah PM tebuk atap.. Pak Maun ni bukan tahu apa pun pasai Ekonomi..Tahu tabur duit jer.. Undang2 Dharurat pun tak mampu guna Rezab Tunai tak guna jugak… maka Tunggu jer lah..Sekarang ni ramai tak bising sebab tengah seronok belanja Duit I-Sinar dari simpanan Sendiri..6 Bulan Lagi pakat Mengamuk lah duit sendiri habis dipakai..

Tapi Pak maun ini bijak..Sebelum 6 Bulan, Dia akan sedaya upaya percepatnya Pilihanraya.. kalau Pak maun ni terus memerintah, Hancur Ekonomi.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS