Timbalan Presiden Bersatu ucap tahniah kepada Presiden Bersatu

Timbalan Presiden Bersatu ucap tahniah kepada Presiden Bersatu

Tahniah Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin!

Program Pemerkasa yang diumumkan semalam memberi manfaat untuk generasi Makmur Bersama dengan 20 inisiatif strategik yang memperkasa rakyat dan pertumbuhan ekonomi.

Saya pasti melalui pengumuman yang diumumkan YAB Perdana Menteri, ramai rakyat akan menerima manfaat antaranya peniaga kecil dan sederhana, pengusaha agensi pelancongan, para ibu bapa, orang kurang upaya, kumpulan pekerja dan majikan dan lain-lain lagi golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin amat mendengar dan terus berkerja dalam membantu rakyat tanpa satu kelompok pun tercicir dari hati dan jiwa Perdana Menteri.

Semoga PEMERKASA ini dapat membantu negara untuk memacu kejayaan dengan lebih besar dalam perang memerangi pandemik COVID-19, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kebajikan rakyat yang menjadi agenda utama kerajaan hari ini.

DATO’ SERI AHMAD FAIZAL AZUMU
Timbalan Presiden Bersatu

CATEGORIES

COMMENTS