
YDP MAIPk terima kunjungan hormat pimpinan AMANAH Perak
Ipoh – Yang DiPertua Majlis Agama Islam & Adat Melayu Negeri Perak,Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini menerima kunjungan hormat Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Dato’ Haji Asmuni Awi di pejabat MAIPk Ipoh.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan perihal isu-isu semasa yang menyentuh kepentingan hal ehwal umat Islam di negeri Perak
Turut serta dalam rombongan AMANAH Perak ialah Dr Fakhruldin Mohd Hashim dan Salman Saleh