Isu kompaun dan buka parlimen : Peguam muda ini sekolahkan Menteri undang-undang

Isu kompaun dan buka parlimen : Peguam muda ini sekolahkan Menteri undang-undang

1. Saya percaya rakyat tiada masalah untuk kerajaan ambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melanggar SOP Covid-19.

2. Tetapi apabila hukuman yang dikenakan tidak munasabah, rakyat jadi marah dan simpati terhadap mereka yang dihukum. Apatah lagi apabila wujudnya “undang-undang dua darjat”, rakyat jadi bertambah marah.

3. Selain untuk memberi pengajaran kepada orang lain dan menjamin “public order”, hukuman yang dikenakan mestilah setimpal (“proportionate”) dengan bentuk kesalahan yang dilakukan.

4. Dalam erti kata lain, keadilan kepada pesalah juga mestilah diambil kira dalam menentukan sebarang hukuman.

5. Kita boleh dapati penjelasan mengenai konsep “proportionality” ini di dalam banyak kes antaranya ialah kes Mohamad Asnadi Abdullah Hanan v. PP (2018) MLRHU 739 di mana Ahmad Shahrir Mohd Salleh JC menyatakan bahawa:-

“Society demands a just punishment and a just punishment promotes fairness and public confidence. A sentence imposed on an accused person must be one which is proportionate with the gravity of the offence. In assessing the gravity of the offence, the facts and circumstances in the commission of the offence are relevant considerations apart from the nature of the offence as described by the relevant legal legislation”.

6. Ketika kerajaan menetapkan hukuman kompaun RM10 ribu kepada pesalah Covid-19, mereka gagal mengambil kira konsep “proportionality” ini. Jumlah kompaun yang ditetapkan sangat melampau dan zalim.

7. Namun setelah mendapat kecaman yang teruk dari netizen, barulah kerajaan buat penelitian semula terhadap jumlah kompaun tersebut.

8. Namun begitu, walaupun kerajaan dikatakan telah menurunkan jumlah kompaun kepada RM1500, aduan yang kami terima, masih terdapat individu yang dikompaun sebanyak RM10 ribu pada 19.3.2021.

9. Ada juga pihak yang dikompaun mengadu kepada kami bahawa beliau tidak boleh merayu terhadap jumlah kompaun di Jabatan Kesihatan dan telah diarahkan untuk merayu di Mahkamah saja. Saya katakan bahawa kekeliruan ini berlaku disebabkan oleh tiadanya SOP yang jelas.

10. Sepatutnya perkara seperti ini dibahaskan secara lumat di Parlimen. Biar semua wakil rakyat berikan pandangan sebelum kerajaan menetapkan sebarang hukuman. Rakyat juga diberi peluang untuk mendengar wakil rakyat mereka membahaskan perkara tersebut di Parlimen dan terlibat sama dalam memberikan input dan pandangan. Malangnya, wakil rakyat telah dinafikan hak untuk membahas tindakan dan keputusan yang diambil kerajaan.

11. Dalam sebuah negara demokrasi, ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu Eksekutif, Legislatif (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) dan Judisiari (Badan Kehakiman) tidak boleh disekat dan dimatikan. Cabang-cabang tersebut mestilah bebas memainkan peranan masing-masing dalam negara supaya wujudnya “semak dan imbang”. Tetapi apabila salah satu dari 3 cabang tersebut disekat, maka kerajaan akan jadi tempang dan tidak lagi demoktratik.

12. Di dalam kes Letitia Bosman v. PP & Other Appeals [2020] 5 MLRA 636, Azahar Mohamad FCJ berkata:-

“With respect…matters concerning sensitive and controversial moral and social issues are inherently legislative questions, calling for the representatives of the general body of citizens to decide on them…..the parliamentary process is a better way of resolving issues involving controversial and complex questions of fact arising out of moral and social dilemmas.”

13. Azahar Mohamad FCJ berkata lagi:-

“…Parliament is empowered by the FC to make law in respect of the creation of ‘offences’, which in my opinion is a broad head or field of legislation over which Parliament can operate…In my opinion, Parliament’s legislative power to create ‘offence’ includes the power to legislate on ancillary matters that can be fairly and reasonably be included in the entry ‘offence’. Creation of offences serves no purpose in the administration of justice without punishment for its commission. So construed, there could be no doubt, to my mind, that the word ‘offence’ includes ‘punishment’. ‘Punishment’ has rational connection to the subject of ‘offence’. In my opinion, to prescribe measure of punishment is an integral part to legislate offence. Therefore, there can be no doubt that it is well within the realm of the Legislature’s power to enact the impugned provisions. I have already discussed the decision of the High Court of Australia in Palling at [43] – [45]. As can be seen the important point that Barwick CJ is making is this: “it is beyond question that the Parliament can prescribe such penalty as it thinks fit for the offences, which it creates”.

14. Di dalam kes Reyes v. The Queen (2002) 2 AC 235, Lord Bingham menyatakan:-

“In a modern liberal democracy it is ordinarily the task of the democratically elected Legislature to decide what conduct should be treated as criminal, so as to attract penal consequences, and to decide what kind and measure of punishment such conduct should attract or be liable to attract. The prevention of crime, often very serious crime, is a matter of acute concern in many countries around the world, and prescribing the bounds of punishment is an important task of those elected to represent the people….”

15. Namun apabila perkara seperti ini tidak melalui proses yang sepatutnya, kita boleh lihat ketempangan yang berlaku.

16. Akhirnya penjawat awam terbeban dan rakyat pula menjadi mangsa dengan keputusan kerajaan yang tidak prihatin serta flip flop.

Wallahu a’lam

#kitajagakita

Mohd Fitri Asmuni
Peguam

CATEGORIES

COMMENTS