Panas! Tindakan disiplin kepada pemimpin UMNO yang bekerjasama dengan PKR, DAP

Panas! Tindakan disiplin kepada pemimpin UMNO yang bekerjasama dengan PKR, DAP

Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya terdapat ahli dan pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak pimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti itu.

Katanya, UMNO juga tidak pernah berganjak dengan keputusan yang telah diputuskan itu.

“UMNO sudah buat keputusan dengan jelas dalam tiga, empat kali mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) mengatakan ‘no PKR, no Anwar, no DAP… keputusan itu tidak berubah sampai sekarang.

“Jadi, kalau kata kita nak berbincang dengan PKR maknanya tidak ada, dan kalau ada yang berbincang itu dianggap melanggar keputusan MT. Tak boleh,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan Anwar yang juga Presiden PKR tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Anwar dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – AA

CATEGORIES

COMMENTS