Bukan saja hospital, sekolah juga berlaku gangguan bekalan air di Kelantan

Bukan saja hospital, sekolah juga berlaku gangguan bekalan air di Kelantan

Sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan, terpaksa mengarahkan semua muridnya pulang ke rumah masing-masing apabila bekalan air di situ terganggu hari ini.

Seorang kakitangan Sekolah Kebangsaan Merbau ketika dihubungi berkata, arahan berkenaan dikeluarkan guru besar.

“Memang guru besar maklumkan, sebab bekalan air langsung tak ada.

“Jadi sukar untuk memenuhi keperluan harian murid-murid,” katanya sumber yang enggan disiarkan namanya itu kepada Malaysiakini.

Terdahulu, sekeping gambar tular dengan kapsyen memaklumkan murid berkenaan diarah pulang walaupun sudah tiba di sekolah kerana ketiadaan bekalan air di sekolah berkenaan di kongsi netizen di media sosial.

Sementara itu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu notis memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu.

Notis yang dimuat naik di Facebook semalam memaklumkan gangguan bekalan air berlaku di jajahan Kota Bharu Utara susulan kerja-kerja pengaktifan paip utama yang baru melibatkan sumber dari Loji Rawatan Air Kampung Puteh ke Tangki Merbau.

Jelas AKSB, gangguan bermula dari 21 hingga 31 Mac ini dengan anggaran lebih 6,500 akaun pelanggan terjejas. – MK

CATEGORIES

COMMENTS