Prinsip politik, soal siapa PM atau matlamat bersama?

Prinsip politik, soal siapa PM atau matlamat bersama?

Semalam tonton Klip video dalam bual bicara Sinar Harian.. Kebetulan terdengar soalan kepada Isham Jalil yg dikenal orang kuat dan pro Najib.. Soalan moderator kepad Isham Jalil.. Jika UMNO menang PRU 15..Siapa PM dikalangan UMNO… ?

Bagi aku jawapan dia cukup baik.. Apa yang dia jawab, Kita kalau nak Berjuang, Bukan untuk mengangkat fulan dan fulan sebagai PM.. yang penting persamaan dari sudut dasar dan matlamat bersama.. Diantara values dan virtues.. Maksudnya Politik nilai..Politik kita bukan untuk mengangkat seseorang jadi Perdana Menteri.

Biarpun aku menentang UMNO..Pada sudut kebijaksanaan berpolitik..Aku memuji UMNO..Sudah lama aku tulis..UMNO mementingkan matlamat Utama..Umpamanya, Bila mereka sokong PN , Apa matlamat utama depa ? menjatuhkan PH…Depa tak mahu kerajaan PH, Apalagi DAP yg depa momokkan.. Itu jadi sandaran depa.. depa tak pernah sokong Muhyidin..

Oleh kerana awalnya Tun tidak mahu tinggalkan DAP ,PKR hatta PH.. Tidak mahu tawar menawar soal kes Mahkamah dengan Kleptokrat.. Tu sebab Tun ditolak UMNO dan PAS..Sebab apa depa sokong Muhyidin ? Muhyidin jer sanggup deal ni dgn Kleptokrat.. Tu sebab aku puji Tun berpegang atas prinsip menolak UMNO secara en Bloc..

UMNO, PAS hatta Bersatu Pro Muhyidin depaa ada satu matlamat..iaitu Politik Ashabiyah…No Anwar dan No DAP.. Jadi depa dapat capai matlamat depa.., sebab apa kita gagal..Kita masih bicara soal Siapa PM… kalau presiden atau Bos aku bukan PM.. Jangan harap aku sokong hatta kamu nak kembalikan mandat rakyat.. Jadi Bos Aku kena jadi PM..

Tu sebab aku tulis sejak dulu..Nak berjaya..Kita perlu ada persamaan pada sudut Prinsip..Tolak Rasuah,Tolak Kleptokrat. Tolak Politik Ashabiyah… Soal perbezaan yang lain..Kita boleh kompromi.. kalau Warisan dan Blok Pejuang mahu Tun PM.. Kita raikan..Kalau PKR hanya mahu Ds Anwar PM..Kita raikan..

Janji Amanah dan DAP berpegang yg Anwar PM dalam PRU 15..Tapi jangan sebab perbezaan ini kita sanggup bekerjsama dengan Musuh.. Dan tuduh rakan tahaaluf sendiri Khianat seperti PAS dulu tuduh pemimpin Amanah dalam PAS sebagai Anwarinas..Parasit.. PAS sesat dalam politik sebab dendam peribadi kepada Anwar dan DAP..

Tu sebab selagi ada puak opprtunis disekeliling Presiden PKR.. Anwar akan gagal jadi PM.. Sebab apa, Ini kelompok yg gelojoh dengan Kuasa.. Sepatutnya Ds Anwar kena yakin dengan Pemimpin DAP dan Amanah.. Sebab mereka inilah yg setia..berperinsip bersama Ds Anwar.. Kalau ikut dan Dengar cakap Sahabat DAP dan Amanah..dah lama Ds Anwar jadi PM..

Tapi malang..Dok simpan budak budak gelojoh dalam PKR.. esok hanya jadi ulangan peristiwa simpan kartel seperti Ezam dan Azmin..akhirnya orang yg nampak paling setia,paling kuat ampu..org tu dok jaja fitnah liwat ngan Khianat Ds Anwar… 🙂

ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS