Peguam tempelak sikap kluk klek Pas

Peguam tempelak sikap kluk klek Pas

Ironis sekali.

Sebelum PRU, depa lah pemecah-belah undi orang Melayu dan rakyat negara ini bila depa masuk pilihanraya secara bersendirian.

Betapa angkuh dan bongkaknya ketika itu kononnya depa amat kuat bila bersendirian dan menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain.

Malah bila kita kata depa akan bekerjasama dengan UMNO, depa menafikan sekeras-kerasnya sebaliknya kita pulak dituduh memfitnah kerana mendakwa depa sebenarnya ada rundingan sulit dengan UMNO.

Bahkan seorang pemimpin kanan depa sendiri berani bersumpah dengan nama ALlah bahawa depa tidak akan bergabung dengan UMNO sampai bila-bila selagi berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.

Depa jugak menuduh suara-suara yang menyebut bahawa depa akan bekerjasama dengan UMNO itu adalah suara dari bisikan syaitan?

Nah, sejurus sahaja selesai PRU, tiba-tiba segala-galanya berubah. Tiba-tiba depa pulak nak anjurkan perpaduan dan penyatuan ummah.

Tiba-tiba depa mengaku pulak bahawa sebenarnya usaha penyatuan dua parti Melayu terbesar negara ini dah berlaku sejak sekian lama sebelum PRU lagi.

Tiba-tiba suara yang mengkritik penyatuan depa dengan UMNO hari ini pulak dituduh suara dari bisikan syaitan?

Apakah parti politik seperti depa ini masih boleh dipercayai?

Sebelum PRU lain. Selepas PRU lagilah lain. Apalah agaknya propaganda depa selepas PRU akan datang?

Muhammad Fadzil
Peguam

CATEGORIES

COMMENTS