KOLUM | Mustafa Ali, godfather Pemuda PAS

KOLUM | Mustafa Ali, godfather Pemuda PAS

Dalam rangka membuat antropologi politik kampong dengan menjadikan Pas Pasir Salak sebagai kes studi, saya bertemu dengan Cikgu Pha atau Dato Mustafa Ali. Kami bertemu di Primula Hotel di Terengganu. Beliau adalah Pengerusi yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Beliau berada di dalam Jawatankuasa Pengurusan dari 1974 hingga 2016 dan merupakan terlama dipegang oleh seseorang pimpinan. Di dalam pengurusan, beliau memegang Naib Presiden, Bendahari, Setiausaha, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya.

Saya tidak ragu untuk bertanya sesuatu yang sensitif dalam Pas namun ada beberapa soalan tidak terkeluar. Pandangan politiknya meski berbeza tetapi harus diambil kira. Seronok bersembang dengannya kerana beliau melayan kita sebagai kawan. Tahu membezakan antara jalur-jalur kekaburan dalam politik.

Beberapa pimpinan Amanah masih berhubung dengannya. Daerah politik ini perlu luas. Beliau seorang real politician dalam soal kuasa. Beliau merupakan antara pimpinan Pas yang mengemukakan idea mengadakan pakatan politik dengan Umno.

Sewaktu kami dalam Pemuda Pas, beliau dianggap ‘Godfather’ kami dan saya memilih untuk melawan pendirian politiknya untuk bersekutu dengan Umno. Dan dia meraikannya sebagai kepelbagaian berpolitik.

Banyak sejarah Pasir Salak dan Perak yang masih diingati. Dengan bantuan koleksi foto-foto yang saya miliki memudahkan untuk menyegarkan ingatan lama itu. Beliau bertanya khabar Cikgu Noh, Haji Darji, Ustaz Fakhruddin dan beberapa nama yang anak muda dalam Pas langsung tidak mengenalinya.

Dr Muhaimin Sulam

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
Disqus ( )