Walaupun kena sindir, Pemuda Pas buat muka ‘sardin’

Walaupun kena sindir, Pemuda Pas buat muka ‘sardin’

Apa beza beradab, tak beradab dan biadab ?

Beradab

– walaupun di sindir ketika menjadi tetamu, namun tetap tidak angkat kaki tinggalkan majlis. Sabar dan kerana tingginya adab, air muka tuan rumah tetap dijaga. Kita tak berbalah dalam majlis orang.

Tak beradab
– Menjemput tetamu bertandang untuk disindir.

Biadab
– Menyindir tetamu dengan sambutan sorak tawa anak buah dengan kemegahan dan keegoan.

Kemudian tanpa segan silu mendabik dada konon bersungguh-sungguh mahukan muafakat.

Kasihan. Penat saja mengaji tinggi agama.

Kalau dia tak pernah jumpa rantaian kata hebat ni masa ngaji dan ngajar dulu, kita nak peringat semula ;

“أدبني ربي فأحسن تأديبي”
“addabani rabbi fa ahsana ta’dibi”

(Tuhanku telah mendidikku, sehingga menjadikan baik pendidikanku)

Kalau dinilai, KP UMNO lebih tinggi ilmu agamanya.

Tapi sejujurnya, KP PAS lebih tinggi akhlaknya… Saya pilih yang lebih berakhlak dari berilmu…

MANUSIA bertamadun tidak menghina tetamunya, melainkan ia berjiwa kehaiwanan.

Johan Raup Joe Noi

CATEGORIES

COMMENTS