Majlis kahwin yang menteri tak datang kena pula tindakan

Majlis kahwin yang menteri tak datang kena pula tindakan

Saya pasti, majlis mereka ini tidak dihadiri Menteri atau ahli politik PN dan pasangan mempelai ini bukan selebriti yang bila buat salah akan dipertahankan oleh stokis/penyokong/pemuja yang boleh disucikan ‘dosa’ kesalahan dengan ‘bunga-bunga’ agama mahupun fakta salah agama.

Mereka tidak sempat menukar baju pengantin dan diangkut masuk dalam black maria PDRM dengan ‘bahasa badan’ yang mereka takut seperti dalam gambar.

Kalau mereka ada apa-apa ciri seperti dinyatakan diatas, mereka boleh balik gembira honeymoon dahulu, ditemuramah oleh pemberita, dipertahankan kesalahan mereka dan menunggu polis membuat siasatan hanya setelah makin warga media sosial terhadap ‘double-standard’.

Moga keburukan berpanjangan buat mereka yang mengambil kesempatan atas ‘keistimewaan’ yang mereka perolehi atas salahguna nama agama, orang politik/Menteri PN dan penyokong/pembela kesalahan kumpulan ‘kaya-kayangan’.

Buat marhaen! Anda ada KUASA MUTLAK dengan memadamkan mereka ini dari kuasa dan kekuatan ekonomi yang menjadikan mereka bongkak! Buang ahli politik/Menteri dalam PRU dan boikot produk ahli perniagaan yang sombong bongkak!

Dr Ustaz Abu Hafiz

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
Disqus ( )