Hadi kata kepada UMNO, jangan berkasar terhadap rakan kita

Hadi kata kepada UMNO, jangan berkasar terhadap rakan kita

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masalah yang dihadapi oleh mereka pada masa ini adalah perpecahan umat Islam.

Menurutnya, partinya iaitu Pas membawa agenda kepada perpaduan ummah.

“Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Inilah agenda perpaduan kita.

“Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan situasi semasa politik yang sedang berlaku di negara ini.

Ahli Parlimen Marang itu dalam tulisannya menambah, mereka perlu menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah antara satu sama lain.

“Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai,” katanya. – SH

CATEGORIES

COMMENTS