Tun M sebelum PRU-14 dah tak setuju dengan janji populis hapuskan tol, tak payah menghasut

Tun M sebelum PRU-14 dah tak setuju dengan janji populis hapuskan tol, tak payah menghasut

Tengah hari tadi aku menulis tentang laporan Awani yang mainkan sentimen perkauman secara halus berkenaan laporan terhadap Lim Guan Eng tentang penyatuan PAS dan UMNO.. Tiba tiba ada sahabat PKR dok sibuk tag berulang kali tentang kenyataan Lim Guan Eng kononnya penyokong Tun tak sedar Tun menolak janji penghapusan Tol… dari kelmarin lagi..

Kenyataan Guan Eng itu tidak salah..Memang Tun tolak untuk mansuhkan Tol secara drastik.. Malah tindakan Tun menolak pemansuhan juga tepat..Itu pendirian peribadi Tun sebelum PRU 14 lagi.. Boleh baca laporan 2018..Wan Azizah sendiri akui perbezaan pandangan itu, Cuma Tun terpaksa akur.. tidak ada yg salah kenyataan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng..Yg masalah kelompok bani melayu malas membaca..

Heran aku..Aku sibuk lawan Ashabiyah UMNO/PAS.. laungan No Anwar , No DAP.. Yang puak PKR sibuk pasal Tun, Walhal dalam laporan tu takda kaitan dgn Tun.. Jadi bagi mudah faham jenis bani Melayu yg malas Membaca.. Aku permudahkan..

Untuk Pengetahuan, Sebelum pun PRU 14, Tun Mahathir dalam banyak laporan akhbar, Media berbeza pandangan, Tun sebut dengan jelas, Manifesto penghapusan Tol itu sukar ditunaikan.. Tapi sebab ramai pemimpin dari Amanah hat lahir dari perut PAS jenis tak pernah Berurus niaga dan memerintah..Tetap mahu Hapuskan Tol.. dah dibodohkan sekian lama.. Sudah pasti Tun Cakap itu atas pengalaman dia sebagai PM dan memahami kondisi Negara..

Kalau tidak cukup dengan Kenyataan Tun, Aku sendiri awal kemenangan PH ada tulis Post tak bersetuju dengan Janji Populis seperti Penghapusan Tol dan Penurunan harga minyak…Bagi aku tak realistik dalam kondisi Negara ketika ini.. orang berniaga bleh faham.. Ini bukan jenis lebai PAS minta Derma..Semua benda nak percuma..

Nak jadi ketua Negara bukan dengan slogan , hari ni perintah esok Turun harga minyak..Slogan tu lah yg buatkan Kerajaan PH tertekan bila UMNO PAS mainkan sentimen ucapan Ds Anwar dalam PRU 13.. Biarpun PRU 14 PH tak janjikan penurunan harga Petrol..Yg kita janjikan Dasar penstabilan Harga Petrol.. Dan bagi aku Berjaya waktu itu harga barang terkawal.. Memang tujuan kawalan harga Petrol untuk kawal kos Sara hidup..

Selain Itu kita juga janjikan Subsidi Bersasar, Apakah dah dilaksanakan ? Belum..Itu tugas Saifduddin Nasution.. Bayangkan nak bina sistem subsidi bersasar pun kita perlukan masa.. Bila jadi Kerajaan baru tahu bukan semudah esok turun harga minyak…Harga minyak dikawal pasaran Dunia.. Tapi apakah kita nak salahkan Saifuddin Nasution ? Tidak..

Cuba kita tanya Lim Guan Eeng..Dalam Manifesto PRU 2008, Dia janji mansuhkan Tol Sg Nyior.. Janji DAP itu dimainkan UMNO.. apakah dah terlaksana ? Belum.. Begitu juga janji hapus Tol Jambatan Pulau Pinang.. Ia tak semudah laungkan slogan dalam Ceramah..Akhirnya Kerajaan Pulau Pinang hanya bina laluan Alternatif..Sebab apa ? Penghapusan Tol ada kesan kewangan kepada kerajaan Negeri..

Begitu juga Selangor.. Selangor juga ada Janji..Cuba kita tanya, Sejak 2008 Selangor PKR memerintah, Anwar penasihat Ekonominya.. Perbadanan Ekonomi Selangor(PKNS), Kumpulan Perangsang (KPS) hat Din ayam menantu Haji Hadi dilantik pengarah, syarikat ini memiliki 30% saham dalam banyak konsesi dan Lingkaran Lebuhraya termasuk Sprint..

Ada mampu mereka turunkan tarif Tol.. ? Takda pun..Nak halang kenaikan tak mampu..Sebab depa bagi alasan GLC selangor pemegang Saham Minoriti.. Jadi begitulah Kerajaan PH 22 Bulan, Usaha turunkan 18% tarif Tol bagi aku dalam keadaan kewangan Negara mempunyai hutang yang tinggi pun dah sejuta nikmat.

Itulah Maksud Islah Mastata’tum yg Anwar selalu laungkan.. Apa maksudnya ? Kamu buat perubahan itu semampu kamu.. Sebab sebarang Tindakan yg terlalu drastik akan sebabkan kesan pertama kepada Pekerjaan puluhan ribu anak melayu..Syarikat berkaitan Konsesi..kewangan kepada hasil dividen kepada GLC seperti Khazanah, KWSP hatta GLC negeri seperti PKNS.. Akhirnya bebannya rakyat..

Jadi aku tak pernah rasa bila Tun Kata Manifesto bukan kitab Suci itu salah.. Bagi aku betul..Kita boleh ubah dan sesuaikan dengan cara yang lebih baik dan bersasar.. Umpamanya ,Aku pernah cadangkan dari kerajaan belanja atau hutang ambil alih konsesi yg sebabkan kos kewangan lebih RM 100 Billion..

bukan kah lebih baik, kerajaan agihkan rebet atau nilai tol percuma RM 500 dalam bentuk E-Wallet TN&GO setiap seorang kepada kelompok B40.. Baru Rm 2 Billion setahun untuk 4 Juta rakyat..Bukan kah lebih bersasar ? Bukan semua dapat Manfaat penghapusan Tol PLUS,

Umpamanya Makcik Kiah peneroka Felda di Pahang, berapa kali dia naik lebuh raya ? Begitu juga Pakmat tempe di Ulu besut.. Baik RM 500 rebet depa guna beli barang dapur.. Akhirnya yang dapat manfaat tauke Kilang dan Industri sedangkan penghapusan Tol tidak beri kesan penurunan harga barang pun..

Jadi faham kan, Ada ketika aku bersyukur ada Tun Mahathir yang lebih realistik..Kalau harap zaman PR dulu dengan PAS, habis semua nak hapus, PTPTN Hapus, Tol nak Hapus, GST nak Mansuh.. Jadi apa yang tinggal..

Masalah penyokong PKR ni bukan pasal apa.. Asal sebut nama Tun..Habis mengamuk sakan.. Sampai tak reti berfikir..Ini Susah bangsa jenis malas membaca.. Kadang naik rimas.. Dulu aku dok ingat ada dalam PAS jer.. rupanya ramai dalam PKR.. Bila Negara nak maju..Semua benda nak free.. 🙂

Ipohmali

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (62)
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    dating website
    [url=”http://stfreeonlinedating.com/?”]meet singles [/url]

  • comment-avatar

    Tun M sebelum PRU-14 dah tak setuju dengan janji populis hapuskan tol, tak payah menghasut
    exrqkihro http://www.g08glkewmmo0k31m6125q0r92i275hh8s.org/
    aexrqkihro
    [url=http://www.g08glkewmmo0k31m6125q0r92i275hh8s.org/]uexrqkihro[/url]

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    tindr , tinder sign up
    [url=”http://tinderentrar.com/?”]how to use tinder [/url]

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • Disqus ( )