
Menteri Agama sebagai menteri nikah kahwin, bukanlah contoh muslim yang baik
Dulu bila filem P Ramlee mempersembahkan watak Menteri Nikah Kahwin dalam filem Musang berjanggut..mungkin ianya hanya dianggap jenaka, rupanya ianya menjadi realiti dihadapan kita hari.. Malangnya ia dipersembahkan oleh Menteri Agama hari ini..
Seakan tidak serik dia telah mencetuskan Kluster Kasturi apabila berdegil kuarantin diri, Entah apa gila Menteri Agama meninggalkan tugas utamanya mentadbir, lalu menjadi Menteri Nikah Kahwin.. Bila Menteri Agama asyik mengulang keangkuhan dia, Biarlah aku berterus terang..
Entah apa keperluan seorang Menteri Agama menjadi tukang baca Khutbah kahwin seorang Artis Duda dan Janda 3 kali..Dan sekali lagi dia menunjukkan contoh yang tidak baik sebagai pemimpin Agama bila menghadiri majlis perkahwinan tanpa mematuhi SOP.. Sikap Menteri Agama itu telah mencemarkan Imej Agama berulang kali.. takda keperluan menteri hadir dalam tempoh PKPB/PKP yang masih dilaksanakan.. Dia bukanlah ahli keluarga terdekat pun..
Apa jadi dengan Nasihat menjaga SOP.. Sepatutnya Menteri Agamalah menunjukkan tauladan baik.. Malangnya cakap tak serupa bikin.. Kata kata dan Ilmu tanpa Amal ini teringat akan ingatan Saidina Umar yang dinukilkan Kitab Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Ghazalie berkenaan Ulama’.. Dituliskan..
قَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ:
إِنَ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى هَذِهِ الأُمَةِ المُنَافِقُ العَلِيْمُ. قَالُوْا: وَكَيْفَ يَكُوْنُ مُنَافِقاً عَلِيْماً
قَالَ: عَلِيْمُ اللِسَانِ جَاهِلُ القَلْبَ وَالعَمَلِ…
Berkata Saidina Umar (RA)
’Sungguh sesuatu yang paling aku takutkan terhadap umat ini adalah seorang ulama yang munafik. Kemudian ia pun ditanya kepada Saidina Umar, ’Bagaimana boleh ada seorang munafik menjadi ulama?.
Lalu Umar Menjawab, ’iaitu seorang yang ‘Alim dalam lisan namun bodoh dalam hati dan amal”
(Ihya ‘Ulumiddin )
Inilah banyak berlaku sekarang bila ramai Ulama bercakap tanpa Amal.. Mereka jahil dalam amalan depa..
Tanpa malu tersengih sengih dengan para asatizah yang pada aku takda keperluan seorang Agamawan, apalagi Menteri untuk Hadir.. Apa yang dicari itu kemulian atau populariti ? Pelik kadang kadang dengan Sikap Mantan Mufti ni, Yang dia sibuk dunia hal artis dan Pasukan kegemarannya Liverpool.. Soal SOP dan pengurusan Masjid sudah setahun masih banyak lompongnya.. Dalam pada ramai yang masih belum dapat hak untuk Solat Jumaat, Menteri Agama pula berhimpit himpit dalam Kenduri artis, Apakah ini contoh yang baik ?
Jadi Ulama dan gambaran Zuhud ini bukan dengan pakaian yang lusuh, Berselipar ke pejabat atau jalan menunduk Bumi.. itu sebabnya gambaran Agamawan akhir zaman sama seperti filem Musang berjangggut, Kalau di dalam Filem P Ramlee disebut tentang Musang, Di dalam Hadis Nabi ﷺ di sebut gambaran serigala..
Sebenarnya Itu lah gambaran luaran zuhud yang dipersembahkan… Yang pernah diingatkan Nabiﷺ akan Ulama Jahat, Katanya mulutnya lebih manis dari gula, tetapi hati seperti serigala.. Kata Nabi…
يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتَلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنْ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ..
“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai ”
” Dan Inilah gambaran ramai dari kalangan Agamawan dan Ulama hari ini , Di dalam Kuliah mereka bicara soal Zuhud, Soal Qanaah.. tetapi mereka sendiri hidup bermewah…mengejar gelaran dan kedudukan..
Itu sebabnya dalam membicarakan tentang Zuhud.. ia bukan soal dia berpakaian serban atau Jubah , Soal cara dia makan atak tidur.. kata Sufyan At Tsauri …
“ Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya ”
Siapapun kamu, Ahli Politik atau Agamawan Betulkan niat.. Agama bukan hanya jadi pertunjukan pada cara kamu berpakaian dan cara kamu bercakap.. Itu sebabnya ketika Ummat Islam berjaya menawan kota Al Quds, Khalifah Umar pernah menegur Abu Ubaidah Al Jarrah bila mencadangkan kepada Umar untuk masuk ke Kota Al Quds dengan segala kemegahan..
Lalu bangun Khalifah Umar berkhutbah dihadapan tentera Islam.. Apa kata Khalifah Umar ?
أيها الناس أصلحوا سرائركم تصلح علانيتكم..
، واعملوا لآخرتكم تُكْفَوْا أَمْرَ دنياكم؛ فمن أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة فإن الشيطان مع الواحد، وهو من الاثنين أبعد؛ ولا يخلون أحدكم بامرأة فإن الشيطان ثالثهما…
” Wahai sekalian manusia, perbaikilah perkara yang tersembunyi (Niat)dalam diri kalian…nescaya akan baik yang zahir dari diri kalian…
( Bidayah Wal Nihayah )
Ramai dari ahli Politik dan Agamawan hari ini tak membetulkan Niat mereka.. 🙂
Ipohmali
Tazkirah Jumaat
2 April 2021