Panas! Anwar tempelak Hishammuddin, gelar China ‘abang’ penghinaan buat negara

Panas! Anwar tempelak Hishammuddin, gelar China ‘abang’ penghinaan buat negara

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein yang menggelar sebagai China “abang” kepada Malaysia sebagai satu penghinaan terhadap pendirian tidak berpihak negara ini.

Anwar berkata, meskipun China negara sahabat dan segala usaha perlu dibuat bagi meningkatkan kerjasama perdagangan serta pelaburan dengannya, bahasa sebegitu tidak sepatutnya digunakan dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa.

“Apa yang menghairankan adalah tindakan Hishammuddin sewaktu pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi yang menyifatkan republik itu sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia.

“Ini bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishamuddin yang selesai melakukan lawatan dua hari ke China, menggelarkan China sebagai “abang” kepada Malaysia dalam satu sidang media bersama rakan sejawatnya Wang Yi.

“[…] You will always be our elder brother (anda akan sentiasa menjadi abang kepada kami),” katanya.

Wan Yi membalas kenyataan itu dengan berkata “Kita adik-beradik (We are brothers)”. Kata-kata itu dilaporkan oleh media nasional China.

Anwar berkata tindakan Hishamuddin itu bertentangan daripada pendirian diplomasi antarabangsa yang diamalkan Malaysia sejak berdekad lamanya.

“Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri.

 “Menteri Luar harus segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia lantas menarik balik kenyataan hambar tersebut,” katanya lagi.

Meskipun hubungan Malaysia dan China semakin erat, beberapa isu penting masih menjadi perselisihan dua negara.

Antaranya, pencerobohan berkali-kali oleh China ke dalam perairan Sarawak yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.

China bagaimanapun tidak mengiktiraf Zon Ekonomi Eksklusif yang mentakrifkan sempadan maritim antarabangsa dan mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan adalah miliknya.  – MK

CATEGORIES

COMMENTS